Selamat Datang ke Blog Mamatuk
Blog nie ambo setup untuk semua adik beradik dan sedara mara yang nak tahu status kesihatan Ma kita. Tapi diselitkan juga cerita2 lain yang dekat dihati ambo. Jadi terima kasih kerana concern anda semua dan melawat blog ini. Kalu ada salah silap maaf deh.
Monday, October 8, 2012
Travelog Haji - Wahabi dan bidaah
Di Malaysia bila bercakap mengenai Wahabi maka tidak dapat tidak kita akan terungkit perkataan bidaah. Kebanyakkan akan membawa konotasi negatif dan pandangan yang kurang menyenangkan kerana banyak amalan dalam masyarakat kita telah dibidaahkan oleh kumpulan Wahabi. Bila ambo berada di tanah haram Madinah dan Mekah baru lah ambo dapat memahami sedikit sebanyak mengapa kumpilan Wahabi bersikap sedemikian. Banyak amalan amalan islam didalam masyarakat dari seluruh dunia yang dipengaruhi oleh sejarah dan local practice dan tidak berpijak kepada alquran dan hadis. Bila berada di madinah terutama di sekitar raudhah terdapat jemaah yg mencium tiang didlm raudhah, meminta rasulullah mendoakan dirinya dan bermacam amalan yang pelik. Kerana terlalu sangat nak mencium tangga mimbar rasul seorang jamaah tanpa disedari telah mencium tangga yg digunakan untuk membaiki lampu. Juga di Mekah terutama di sekitar baitullah bermacam2 ragam jemaah yg bagi ambo amat2 pelik sekali. Jika tidak dibendung dengan tegas amalan2 islam akan menjadi huyu haya. Dengan berada disini maka ambo amat memahami sikap Wahabi yang zero toleransi terhadap bidaah dan saya amat menyokong pendirian mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment