Alhamdulillah setelah hampir dua minggu meninggalkan tanah air untul mengerjakan haji baru lah tergerak hati untuk update blog dan share experience kami di sini. Gambar yg di attach baru di snap lima minit tadi around 4am in the morning. Ramai sokmo orang tawaf tak kira masa.
Alhamdulillah kami disini sihat dan harapnya kesihatan maintain. Cuaca dah kurang panas berbanding masa umrah baru2 ni. Temperatura around 28c to 42c. Debu debu dari construction around masjid Al Haram masih tebal di beberapa lokasi dan jemaah harus berjaga jaga tentang aspek kesihatan. Selain kesihatan physical aspek kesihatan mental juga perlu di jaga. Sudah nampak tanda2 stress di kalangan kawan2 jamaah yang terpaksa berkongsi bilik dari 4 sebilik ke 10 sebilik. Banyal sebilik bergantung pada nasib masing2. Stress ini dari environment yg berbeza, terlalu kuat beribadat dari biasa, hubungan antara jamaah dan yang paling kritikal ialah hubungan suami isteri. Setiap perbualan dan tingkah laku ada lah secara umum dan terbuka maka tiada cara setengah setengah stress itu dpt di bendung dan di kurangkan antara suami isteri. Contoh semalam rakan sebilik bermasam muka bila isteri nya komen mengapa terlebih beli makanan. Beliau terus balil meninggalkan isteri di kedai menyebabkan isteri sesat selama dua jam dan terpaksa di hantar pulang oleh jemaah indonesia kerana tersasar ke kawasan maktab Indonesia. Dari small thing can easily escalate to bigger problems. Oleh itu penkagaan kesihatan physical dan mental is critical leading to hajj wukuf in another 20 days.
Selamat Datang ke Blog Mamatuk
Blog nie ambo setup untuk semua adik beradik dan sedara mara yang nak tahu status kesihatan Ma kita. Tapi diselitkan juga cerita2 lain yang dekat dihati ambo. Jadi terima kasih kerana concern anda semua dan melawat blog ini. Kalu ada salah silap maaf deh.
Thursday, October 4, 2012
Travelog haji - Salam dari bandar suci Kota Mekah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment