Yes...cuma tiga hari ke hari wukuf. Kami jemaah sudah mula membuat persiapan untuk hari besar ini. Beg 5 kilo itu mula di persiapkan dengan pakaian untuk 6 hari. Tiga hari didalam pakaian ihram dan 3 hari dalam pakaian biasa. Juga secara mental mula terasa ketibaan cabaran yang sebenar. Cabaran yang akan menentukan quality haji yang bakal dipersembahkan kepada yang maha esa.
Seperti biasa selepas subuh baitullah sesak untuk tawaf. Juga ditingkat satu dan dua banyak jamaah bertawaf. Bagi ambo pagi tadi selepas subuh dan seterusnya dhuha berdiri dihadapan baitullah dari tingkat atas memohon dan berdoa untuk dunia dan akhirat buat diri, keluarga, sahabat handai dan muslimin dan muslimat. Sesungguh nya amat berharap dengan penuh harapan semoga haji kami haji yang diterima oleh Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Doakan kan kami....
Selamat Datang ke Blog Mamatuk
Blog nie ambo setup untuk semua adik beradik dan sedara mara yang nak tahu status kesihatan Ma kita. Tapi diselitkan juga cerita2 lain yang dekat dihati ambo. Jadi terima kasih kerana concern anda semua dan melawat blog ini. Kalu ada salah silap maaf deh.
Monday, October 22, 2012
Travelog haji - 3 hari ke hari wukuf
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment