Alhamdulillah ...dengan mengerjakan saei haji tadi maka tamatlah ibadat haji kami. Setiap langkah terakhir kearah bukit marwah sungguh menghibakan. Sebak kami. Kerana berjaya menghabiskan ibadah haji ini dan juga menghadapi realiti yang tak mungkin diumur sebegini kami dapat melalui pengalaman sebegini lagi. Walaupun begitu kami tetap berdoa agar diberikan umur yang panjang dan rezeki untuk ketemu lagi perjalanan haji ini. Satu perjalanan yang pasti tidak dapat dilupai sepanjang hayat dikandung badan. Bak kata seorang kawan di Madinah...satu pengalaman yang amat signifikan. Kepada adik beradik dan ipar duai yang sudah cukup syarat kami sarankan buatlah sesuatu untuk mengerjakan haji secepat mungkin semasa masih sihat dan nyawa di pinjamkan oleh Allah yang maha kuasa.
Dihadapan kaabah kami berdoa agar ibadah haji kami diterima Allah....Wassalam.
Selamat Datang ke Blog Mamatuk
Blog nie ambo setup untuk semua adik beradik dan sedara mara yang nak tahu status kesihatan Ma kita. Tapi diselitkan juga cerita2 lain yang dekat dihati ambo. Jadi terima kasih kerana concern anda semua dan melawat blog ini. Kalu ada salah silap maaf deh.
Wednesday, October 31, 2012
Travelog haji - Tamat lah ibadat haji kami.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Congratulations to both of you from me n my family n good luck for tawaf wida' do not forget to shop at aziziah...beside more i'tikaf n more umrah,tawaf.pls be good to ur body and soul.
ReplyDeletetahniah..selesai acara penting dalam kehidupan seorang muslim ..sy juga berkesempatan menunaikan fardu haji thn 2012 dan menetap di maktab 96, hotel land premium di tngkat 2..seronok dapat beribadah di tanah suci dan kini tiba giliran tetamu yang baru pula ..terasa begitu cepat waktu yg berlalu..
ReplyDelete