Dipagi hari pukul 3.30pagi sebelum azan pertama dilaungkan ambo sudah tiba di masjidilHaram. Hari ini Kak Nor uzur jadi ambo sorei sorei lah. Subuh ialah pada pukul 4.55pagi. Azan pertama di azankan satu jam sebelum itu. Walaupun dikira pagi tapi dataran tawaf sudah penuh. Malumlah hari ini hari jumaat dan juga makin hampir dengan waktu wukuf yaitu pd 25 Okt nnti. Jadi banyak jamaah tahun ini sudah tiba dikota mekah. Proses tawaf berjalan lancar. Termasuk sembahyang sunat tawaf proses ini mengambil masa satu jam. Tiap2 pusingan mengambil masa 7 ke 8 minit. Tiada masaalah kalau kita bersabar sedikit. Bermacam2 teknik digunakan untuk melancarkan proses tawaf masing. Terutama bagi kumpulan2 mereka mengunakan teknik2 berikut supaya tidak pecah kumpulan. Teknik bulldozer - suka di gunakan orang turki. Teknik ular lidi - suka digunakan jamaah benua india. Teknik mesra rakyat - ini mereka dari Indonesia.
Alhamdulillah dapat mengerjakan tawaf di pagi Jumaat.
No comments:
Post a Comment