Selamat Datang ke Blog Mamatuk

Blog nie ambo setup untuk semua adik beradik dan sedara mara yang nak tahu status kesihatan Ma kita. Tapi diselitkan juga cerita2 lain yang dekat dihati ambo. Jadi terima kasih kerana concern anda semua dan melawat blog ini. Kalu ada salah silap maaf deh.

Friday, October 12, 2012

Travelog Haji - Unsung Heroes

Ini ialah pekerja pekerja masjid.  Di waktu pagi begini mereka sedang menunggu tugasan shift masing masing.  Kebanyakan mereka terdiri dari sub continent india, afghanistan, yaman dan ada juga bapak bapak indonesia.  Terdapat beribu2 pekerja ini disuatu masa dimasjid.  Selain mencuci segenap sudut dan cerul masjid mereka juga menyusun alquran.  Mereka juga menjaga keselamatan jemaah yang tidak biasa dengan persekitan masjid ini yang luas.  Dengan reka bentuk masjid yang bulat dengan berpuluh pintu jamaah mudah tersasar dan sesat.  Bantuan pekerja2 ini amat di perlukan sekali.  Di sebabkan mereka ini dari golongan yang susah banyak jemaah berderma untuk mereka ini sebagai sedeqah atau sebagai bayaran dam.  Syabas kepada pekerja masjid ini yg menentukan keselesaan dan keselamatan jamah disamping menjamin kebersihan masjid.

No comments:

Post a Comment