Selamat Datang ke Blog Mamatuk

Blog nie ambo setup untuk semua adik beradik dan sedara mara yang nak tahu status kesihatan Ma kita. Tapi diselitkan juga cerita2 lain yang dekat dihati ambo. Jadi terima kasih kerana concern anda semua dan melawat blog ini. Kalu ada salah silap maaf deh.

Tuesday, October 16, 2012

Travelog Haji - Tawaf di tingkat atas dan one legged man

Hari ini kami buat umrah sunat dgn miqat di Tanaim.  Kami pergi ke miqat pukul 2.30 pagi.  Harga tambang van dari hotel ke Tanaim dan terus ke masjidil haram ialah 10 rial seorang.  Kami sampai ke masjidil haram pukul 3.30 pagi.  Disebabkan jamaah sudah memenuhi dataran kaabah kami kali ini cuba tawaf di tingkat atas.  Adush pak...di sebabkan lingkaran tawaf diatas itu luas maka untuk habis mengambil masa lebi sejam yaitu tiga puloh minit lebih dari biasa.  Kerana perjalan nya laju dan hentakan kaki pun kuat habis kaki2 sakit2.  Lepas tu pergi buat saei.  Bila habis saei memang terasa seluruh kaki dan sendi2 sakit.  On the way nak ambil selipar di pintu 84 kami berselisih dengan seorang hamba Allah dari Afghanistan menghabiskan tawafnya ditingkat atas.  Dia cuma mempunyai satu kaki.  Menggunakan dua crutches beliau melakukan tawafnya dengan gigih.  No complaining.  Sedarlah kami nikmat yang tuhan telah mengurniakan kepada kami.  Sebak kami melihat hamba yang gigih ini.  Tak sempat untuk kami snap gambar.  Tapi gambar itu terpahat di dalam ingatan kami.  Semoga Allah memberkati amalan beliau.

No comments:

Post a Comment