Selamat Datang ke Blog Mamatuk

Blog nie ambo setup untuk semua adik beradik dan sedara mara yang nak tahu status kesihatan Ma kita. Tapi diselitkan juga cerita2 lain yang dekat dihati ambo. Jadi terima kasih kerana concern anda semua dan melawat blog ini. Kalu ada salah silap maaf deh.

Friday, October 19, 2012

Travelog Haji - Laban

Laban atau yoghurt merupakan antara makanan yang digemari oleh masyarakat di mekah.  Laban dijual walaupun di kedai runcit yang kecil.  Yang paling di gemari merela ada lah fresh natural laban yang langsung tidak berperisa dan tidak bergula.  Bila beli laban akan mengingatkan ambo kepada arwah ayah.  Dia memang peminat laban.  Maklumlah arwah lama tinggal bersama masyarakat arab mekah semasa mudanya.  Susah nak daptkan laban di Kelantan. Kadang2 cuba dibuatnya sendiri.  Semasa mengerjakan umrah bersama arwah 25 tahun dahulu hari2 dia beli laban.  Dicampurkan sedikit gula untuk perisa.  Tapi sayang nya masa tu ambo tak lah berapa minat.  Jadi makan lah arwah sendirian.  Jadi bila ambo makan laban dibubuh gula di bumi Mekah ini mengingatkan ambo kepada arwah ayah.  I missed him so much.Alfatehah.

4 comments:

  1. alamak hai... jah pun ingat dulu2 ma suka bagi cicah dengan roti... adakah itu laban?? sedap sgt... rindu gak nak makan lagi.. cr dkt kedai arab kat kl pun takde ...Adakah itu Laban?

    ReplyDelete
  2. bukey....halwa lain... ni ma sebut susu masam...mcm krim cair gtu..tapi lemak berkrim... ma sokmo hidang dgn roti...

    ReplyDelete
  3. saya nga seng almost everyday take laban plus manggo. sedap dan bagus untuk sejukkan badan dan kelawasan yan maksimum

    ReplyDelete