Selamat Datang ke Blog Mamatuk

Blog nie ambo setup untuk semua adik beradik dan sedara mara yang nak tahu status kesihatan Ma kita. Tapi diselitkan juga cerita2 lain yang dekat dihati ambo. Jadi terima kasih kerana concern anda semua dan melawat blog ini. Kalu ada salah silap maaf deh.

Wednesday, October 17, 2012

Travelog Haji - Another man in my jubah!!

Tidak seperti orang Indonesia yang maintain dengan pakaian Indonesia nya semasa di tanah haram jamaah Malaysia akan mengenakan pakaian jubah bila berpijak sahaja disini.  Ini termasuk mereka yang seumur hidup tak pernah berjubah macam ambo ni.  Kenapa kita perlu berjubah semasa disini pun ambo tak faham kenapa.  Kalau di Malaysia malu malu berjubah tapi disini macam natural sahaja.  Pasti nya yg berjubah pernah melalui peristiwa yang saya nak cerita ini. 
Bila kita memakai jubah semasa rukuk sembahyang bahagian belakang pasti akan terjungkit keatas.  Kalau orang belakang semasa itu tengah bangun dari sujud dan kita yg berjubah tengah rukuk berkemugkinan kepala orang belakang akan termasuk dlm jubah kita.  Bila ini terjadi beberapa scenario mungkin berlaku.  A.  Kupiah org belakang tersangkut dan jatuh...rosak bojeng dia.  B.  Dia akan terus bangun dan menyelak jubah kita...memberi masaalah kpd kedua belah pehak.  Apa yg terjadi kpd ambo tempoh hari di surau maktab ialah variasi kepada senario A.  Pakcik tua belakang ambo tersangkut kopiah dia pd jubah ambo.  Kopiah dia jatuh.  Tanpa disangka dia ambil kopiah dan pukul kaki saya dgn kopiah dia.  Terkejut ambo.  Habis kyusyuk sembhyg sbb nak tergelak.  There is a lot of grumpy old man here.  Maklumlah dh lama tak bermanja dgn isteri masing2.  Kalau biasa cuma tidur berdua sekarang di maktab tidur dengan sepuloh lelaki tua yang lain.
Itulah antara cabaran dan dugaan memakai jubah.  So...jika berjubah bila bangun dari rukuk just slowly turn around...there might be another grumpy old man in yr jubah.

1 comment:

  1. Don't worry...bila balik Malaysia nanti, rajin2 lah pakai Jubah tu..bukan apa nak ikut Sunnah Nabi. Tapi insyallah, bila balik nanti tak segan2 dah pakai jubah tu...jika tak segan-segan ke Surau/Masjid sembahyang berjemaah macam semasa di Masjidil Haram..jangan disana aje rajin berjemaah di Masjid, balik sini mesti continue....

    ReplyDelete