Selamat Datang ke Blog Mamatuk

Blog nie ambo setup untuk semua adik beradik dan sedara mara yang nak tahu status kesihatan Ma kita. Tapi diselitkan juga cerita2 lain yang dekat dihati ambo. Jadi terima kasih kerana concern anda semua dan melawat blog ini. Kalu ada salah silap maaf deh.

Friday, October 5, 2012

Travelog Haji - Maktab 96 Land Premium di Misfalah

Ini ialah maktab 96 tabung haji di Misfalah.  Bangunan 13 tingkat ini terletak di kawasan Misfalah satu kilometer dari AlHaram.  Walaipun agak jauh tapi jalannya landao dan kurang berbukit.  Biasanya mengambil masa 20 minit untuk ke masjid.  Maktab ini boleh didiami 7 ribu jemaah.  Maksima satu bilik ialah sepuluh orang.  Kami sebilik ialah 6 orang.  Minima 4 orang sebilik.  Fasiliti yang terdapat disini ialah klinik kesihatan, surau, pejabat agama dan kaunseling dan kounter pengeluaran tabung haji untuk pengeluaran wang dan membayar dam dan korban.  Kafe dan pembahagian makanan secara paket adalah di tingkat bawah.  Seluruh bangunan adalah kawasan tidak merokok. Terdapat kedai2 makan, pakaian dan sundry berhampiran.

No comments:

Post a Comment