Selamat Datang ke Blog Mamatuk

Blog nie ambo setup untuk semua adik beradik dan sedara mara yang nak tahu status kesihatan Ma kita. Tapi diselitkan juga cerita2 lain yang dekat dihati ambo. Jadi terima kasih kerana concern anda semua dan melawat blog ini. Kalu ada salah silap maaf deh.

Sunday, October 7, 2012

Travelog Haji - Pertama kali jumpa escalator

Terdapat beberapa escalator di sekitar masjid.  Ada untuk naik dan turun dari tingkat atas dan ada yang untuk ke toilet.  Ada jemaah yang tak pernah jumpa escalator.  Seronok tengok jemaah ni try buat pertama kali.   Kadang2 sampai jam di kepala escalator kerana ada yang amat teruja.  Kalau jemaah dari Africa mereka menggunakan lompatan kijang untuk synchronise dengan anak tangga yang bergerak itu.  Jemaah dari sub-continent india menggunakan gaya bebas.  Ada jemaah yang hampir tersungkur terutama jemaah wanita yang berumur.  Bukan senang untuk sychtonise dgn anak tangga yg bergerak.  Teringat ambo jumpa escalator buat pertama kali di pertama kompleks 35 tahun lalu.  Teknik2 yg di catatkan itu memang tidak asing.

No comments:

Post a Comment