Selamat Datang ke Blog Mamatuk

Blog nie ambo setup untuk semua adik beradik dan sedara mara yang nak tahu status kesihatan Ma kita. Tapi diselitkan juga cerita2 lain yang dekat dihati ambo. Jadi terima kasih kerana concern anda semua dan melawat blog ini. Kalu ada salah silap maaf deh.

Saturday, October 6, 2012

Travelog Haji - Hijir Ismail

Antara tempat tempat yang mustajab untuk berdoa adalah di hijir ismail.  Hijir Ismail ialah satu lingkungan semi circle di tepi kaabah.  Ia dianggap sebahagian dari kaabah.  Berada disitu seolah olah anda berada di dalam kaabah itu sendiri.  Di mudahkan tuhan dipagi ini dengan tidak semena mena dapat masuk ke hijir ismail dan sembahyang dua rakaat dan berdoa.  Sebelum itu dapat dilihat penjaga kaabah melumur bauan di dinding kabah.  Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment