Selamat Datang ke Blog Mamatuk

Blog nie ambo setup untuk semua adik beradik dan sedara mara yang nak tahu status kesihatan Ma kita. Tapi diselitkan juga cerita2 lain yang dekat dihati ambo. Jadi terima kasih kerana concern anda semua dan melawat blog ini. Kalu ada salah silap maaf deh.

Friday, September 9, 2011

Favourite Pix - Raya 2011 - Cinta ke Akhir Hayat

This story was told by Mamatuk to me. So here at the very location I am retelling it back to all.

Ramai yang tak tau cerita di sebalik dua kubur ini. Biasa nya setiap hari raya masa kecil2 dulu kita semua akan di bawa ke kubur Tok ayah Haji Salleh ini. Tapi tak banyak di ketahui mengenai kubur di sebelah itu di dalam belindang yang sama.

Inilah kisah nya. Kubur di sebelah Tok ayah ialah kubur seorang wanita yang bernama Tok Mek..yaitu nenek kepada Mamatuk (our tok nyei lah tu). Haji Salleh dan Tok Mek ada lah sepupu. Sejak kecil lagi mereka amatlah rapat. Setelah dewasa Haji Salleh menjadi guru agama yang di segani manakala Tok Mek sekarang ialah seorang wanita yang jelita. Disebabkan kerapatan persahabatan antara kedua nya timbul lah rasa kasih sayang.

Satu hari Tok Mek meluahkan perasan untuk berkahwin dengan Haji Salleh. Malang nya Haji Salleh oleh kerapatan persahabatan dan persaudaraan menolak undangan itu dengan sedih hati kerana menganggap Tok Mek seperti adik beradik beliau. Sedih lah Tok Mek. Tidak lama kemudian Tok Mek yang tersohor kejelitaan nya itu berkahwin dengan seorang yang hebat (guru silat) bernama Tok Yaakob (Tok nyei kita lah tu???). Mereka berumah tangga di kampung seberang Sakar. Walupun begitu ..sayang Tok Mek kepada Haji Salleh tetap segar..hingga ke akhir hayat nya.

Di akhir hayat nya Tok Mek berpesan agar jasad nya di semadikan di seberang (Kg Salor) bersebelahan Haji Salleh sepupu dan sahabat nya yang tersayang. Jasad nya di bawa menyeberangi sungai Kelantan dengan perahu bedar (perahu besar) dalam rombongan perahu yang besar. Akhirnya dapatlah Tok Mek bersama dengan orang yang amat disayangi nya....Ini lah yang di namakan cinta ke akhir hayat.

No comments:

Post a Comment