Selamat Datang ke Blog Mamatuk

Blog nie ambo setup untuk semua adik beradik dan sedara mara yang nak tahu status kesihatan Ma kita. Tapi diselitkan juga cerita2 lain yang dekat dihati ambo. Jadi terima kasih kerana concern anda semua dan melawat blog ini. Kalu ada salah silap maaf deh.

Friday, September 16, 2011

Md. Afiq bin Munaim - Anak Sedara Ambo

Ambo balik KB hari nie sbb baru nie balik raya tak sempat nak gie spital. Jumpa Naim dan Ain di spital. Manakala Afiq masih ada masaalah dgn pernafasan nya. Nampak dua tiga wayar..tak tau wayar mana gie ke mana. Nak berair mata ambo tengok anak Naim..sbb teringat anak ambo dulu Amir. Selain dari doa mari lah sama2 kita beri semangat kepada Naim dan Ain supaya melalui dugaan ini dengan hati yg tabah dan sabar. Kata orang2 dah tua..berat mata memandang lagi berat bahu memikul. Di samping itu financial contribution daripada yg mampu dialu alukan...either direct or thru fund setup by Aisyah Pasir Pekan..(that is as and when required). Kalu bukan dari adik beradik dari sapo lagi??. Kalu nak tahu latest on Afiq pls visit here. Blog setup by Naim.

No comments:

Post a Comment