Selamat Datang ke Blog Mamatuk

Blog nie ambo setup untuk semua adik beradik dan sedara mara yang nak tahu status kesihatan Ma kita. Tapi diselitkan juga cerita2 lain yang dekat dihati ambo. Jadi terima kasih kerana concern anda semua dan melawat blog ini. Kalu ada salah silap maaf deh.

Sunday, September 18, 2011

Bertemu Pokok Temu

Cuti 1 Malaysia nie dapatlah ambo balik KB kejap jengok orang tua dan orang sakit.

Kat rumah di Salor tu ada dua on-going projek oleh dua tukang. Tukang Kayu Abg Aziz Kak Moh tengah tukar dinding hok reput kena kerit ko kok kiok. Manakala tukang simen Zul (member Ahmad) tengah buat projek tukar tandas dan mozek untuk dua tandas..tandas Mamatuk dan tandas luar. Lepas nie lawas molek lah Mamatuk masuk tandas. Ambo suggest lampu tandas Mamatuk tu pun kena tukar ngan lampu fluorescent bagi cerah sikit. Sbb nya tandas tu memang sokmo2 gelap sejak azali.

(Pix) Belah petang nya Mok Cik Limah mari rumah nak cari pokok temu untuk Siti Sarah yang baru dapat anak. Molek sangatlah isi temu nie untuk orang baru bersalin..katanya. Kata mamatuk pokok dragon fruit di foregorund gambar tu baru2 nie ada berbuah tiga butir..tak dok rezeki sbb dia luruh sebelum masak.

Lupa nak royat tengah hari tu demo Pasir Pekan mari berkelah laksa. Ahmad dan Ayie sekeluarga juga hadhir. Meriah sekali sampai ke malam. Tapi Munaim tak dapat hadhir kerana di spital.


No comments:

Post a Comment