Selamat Datang ke Blog Mamatuk

Blog nie ambo setup untuk semua adik beradik dan sedara mara yang nak tahu status kesihatan Ma kita. Tapi diselitkan juga cerita2 lain yang dekat dihati ambo. Jadi terima kasih kerana concern anda semua dan melawat blog ini. Kalu ada salah silap maaf deh.

Friday, December 28, 2012

Sana sini December - 19 Dec - Rumah Aiman Pasir Gudang

Impressive sungguh dapur baru
 Sempena Aiman nak bersalin akhir bulan December ini Seng dan Iroh.  Ma dan Ambo dan Kak Nor buat lawatan ke rumah Hisham dan Aiman di Pasir Gudang.  Kedua2 tuan rumah sihat walafiat.  Rumah yang di renovate dah hampir siap cuma tinggal minor touch up di dalam dan landscaping sikit di luar.  Dari result yang dah siap memang cantik rumah ni lepas renovate.  Kemas dan simple tapi nampak moden.
Dewan makan pun cun







Macam biasa makan2 is one of the main activity.  Malam nya Kak Nor masak ikan masak asam pedas ala2 Restoran Madu Tiga Pontian.  Lepas tu untuk desert Kak Nor buat tepung boko.  Senak perut di buat nya.

No comments:

Post a Comment