Selamat Datang ke Blog Mamatuk

Blog nie ambo setup untuk semua adik beradik dan sedara mara yang nak tahu status kesihatan Ma kita. Tapi diselitkan juga cerita2 lain yang dekat dihati ambo. Jadi terima kasih kerana concern anda semua dan melawat blog ini. Kalu ada salah silap maaf deh.

Friday, September 7, 2012

Buat spek di Kamel Optometris @ Langat.


Pagi ni kami ke kedai sepupu ambo Sdra Kamel di Langat.  Kedai nya nama Kamel Optometris. Mamatuk dah komplen quiet a while dia tak boleh baca dengan selesa dan penglihatan jauh pun dah berkurangan.  Mata pun selalu berair (check my prev. posting) Jadi dah dok dengan ambo ni cepat2 pergi chek mata dia sebelum ambo gi haji.  Outcome nya ialah ada selaput sikit di mata kiri dan masaalah rabun dekat dan rabun jauh.  Jadi Kamel suggest pakai bifocal.  Next week sampai lah spek.  Cari frame hok comel sekali sbb ada bunga bunga di tepi.  Comel gituu.

Kak Nor pun ambil peluang untuk ganti spek yang hilang masa buat umrah baru2 ni.  Just nice lah untuk haji nanti.  Terang sikit nampak kaabah insyallah.
Kepada sesiapa yang berkeperluan spek dan chek mata silalah ke kedai Kamel Optometris di Taman Wawasan, Langat.  Harga berpatutan dan servis memang professional.  Email ambo kalau tak tau tempat dan ambo boleh bagi GPS location sekali.



No comments:

Post a Comment