Selamat Datang ke Blog Mamatuk

Blog nie ambo setup untuk semua adik beradik dan sedara mara yang nak tahu status kesihatan Ma kita. Tapi diselitkan juga cerita2 lain yang dekat dihati ambo. Jadi terima kasih kerana concern anda semua dan melawat blog ini. Kalu ada salah silap maaf deh.

Monday, September 17, 2012


Bila tengok gambar ni ambo terlintas satu sajak yang pernah ambo baca di rumah kakak ipar (Kak Yah) di Seremban...sajak berbunyi begini

Tajuk: DI BELAKANG AYAH, SUAMI DAN AL HAFIZ

Tiap tirai maghrib,
Ibuku, aku dan adik-adik ku
Berdiri di belakang ayah
Dalam satu saf sembahayang
Dan sama-sama mengangkat takbir
Allah hu akhbar……

Aku dan adik-adik ku
Sama-sama mengadap ayah
Menghafal Muqqadam dan Al Quran
Alif, ba, Tha. dan Alif Lam Mim
Di umur 6 tahun…
Aku dan adik-adik ku khatam Quran.

Aku baligh,adik-adik ku baligh
Dan ibu, aku dan adik-adik ku
Berdiri satu saf
Di belakang ayah yang uzur
Dan sama-sama mengangkat takbir…
Allah hu akbar…..

Aku pun diijab-kabulkan
Bersuami, berumah tangga
Dan beranak…dan beranak…
Dan kini aku dan anak-anak ku
Berdiri di belakang suamiku yang uzur
Yang ayah anak-anak ku
Sama-sama mengangkat takbir
Allah hu akbar….

Ibuku pergi
Ayahku pergi
Dan suamiku pergi

Dan kini…
aku berdiri dibelakang anakku
Seorang al- Hafiz….


Oleh: Nora
Date: 1 Muharam 1403

No comments:

Post a Comment