Selamat Datang ke Blog Mamatuk

Blog nie ambo setup untuk semua adik beradik dan sedara mara yang nak tahu status kesihatan Ma kita. Tapi diselitkan juga cerita2 lain yang dekat dihati ambo. Jadi terima kasih kerana concern anda semua dan melawat blog ini. Kalu ada salah silap maaf deh.

Wednesday, June 6, 2012

Selamat tinggal Baitullah

6 Jun Rabu
Hampir tamat lah perjalanan umrah kami dengan tawaf wadak selepas subuh tadi.  Sayu hati bila melambai selamat tinggal ke Baitullah..mamatuk menitis air mata...dapatkah kami kembali bertalbiah dan berdoa bersama di depan kaabah di masa akan datang..itulah harapan dan doa kami bersama...it is a previledge Allah bestowed upon us.  Akhir sekali di sertakan doa tawaf wadak

"Ya Allah ya Tuhanku..janganlah di jadikan tawaf dan ziarah hamba ini sebagai kali yang terakhir di Baitullah.  Tapi jika di takdirkan kiranya menjadi yang terakhir maka hamba pohonkan syurga sebagai gantinya dengan kemurahan Engkau ya Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang".  Amin.


Sent from Samsung Galaxy Note

No comments:

Post a Comment