Selamat Datang ke Blog Mamatuk

Blog nie ambo setup untuk semua adik beradik dan sedara mara yang nak tahu status kesihatan Ma kita. Tapi diselitkan juga cerita2 lain yang dekat dihati ambo. Jadi terima kasih kerana concern anda semua dan melawat blog ini. Kalu ada salah silap maaf deh.

Friday, December 28, 2012

Sana sini December - 20 Dec - Pengerang dan Tg Pengelih

Di jeti Tg Pengelih
 Kami ke Pengerang untuk melihat rumah yang baru di beli Hisham dan Aiman.  Pengerang berhampiran Tg Pengelih yang merupakan antara tanah besar asia yang paling hujung.  Dari Tg Pengelih ada feri ke Changi Singapura.  Tempat ini agak sunyi kerana agak jauh dari bandar2 besar.
Rumah yg di beli Hisham dan Aiman di Pengerang

Lunch dekat Desaru
Untuk ke Pengerang kami melalui satu jambatan baru yg cantik







Ini ialah rumah Hisham dan Aiman yang dalam pembinaan di Pengerang.  Kawasan Pengerang akan menjadi tempat memproses minyak Petronas paling besar...lebih besar dari Kerteh.  Jadi investment ini satu investment yang bijak.









Makan tengah hari berhampiran Desaru.  Dengan siap nya highway dari Senai ke Desaru maka jarak ke Pasir Gudang lebih kurang cuma 30 minit sahaja.  Thank you Hisham dan Aiman for having us.

Jambatan A-frame yang cantik di highway Senai ke Desaru merentasi sungai Johor.

Sana sini December - 19 Dec - Rumah Aiman Pasir Gudang

Impressive sungguh dapur baru
 Sempena Aiman nak bersalin akhir bulan December ini Seng dan Iroh.  Ma dan Ambo dan Kak Nor buat lawatan ke rumah Hisham dan Aiman di Pasir Gudang.  Kedua2 tuan rumah sihat walafiat.  Rumah yang di renovate dah hampir siap cuma tinggal minor touch up di dalam dan landscaping sikit di luar.  Dari result yang dah siap memang cantik rumah ni lepas renovate.  Kemas dan simple tapi nampak moden.
Dewan makan pun cun







Macam biasa makan2 is one of the main activity.  Malam nya Kak Nor masak ikan masak asam pedas ala2 Restoran Madu Tiga Pontian.  Lepas tu untuk desert Kak Nor buat tepung boko.  Senak perut di buat nya.

Sana sini December - 16 Dec - Lunch rumah Zam dan Jah di Seremban

Tukang masak tengah suspense
 Pada 16 December kami lunch rumah Zam and Jah.  Yang pergi nya ambo ngan Kak Nor.  Juga Ahmad dan Seng dan Iroh sekeluarga.  Sibuklah tuan rumah Zam dan Jah melayan kami.  Menu lunch sungguh istimewa.  Turkey dan Salamon yand di marinate dan dipanggang.  Memamng hilir lah menu mereka ni.  Tomyam mushroom pun ada.  Makanan ala ala fusion gitu.








Dah tak sabar nak terkam
 Tengok tu...dah tak sabar nak terkam.  Sambil nak makan sempat tengok TV astro Byond lagi.  Kawasan perumahan di Jasper Jaya Seremban ni baru siap dan rumah nya pun baru2 semua nya.  Rumah Zam dan Jah ni kemas dan ringkas.  Yang seronok nya meja makan tu banyak orang yang terkena nak sapu air atas meja.  Rupa rupa nya memang gambar di cermin tu camtu.





Menjamu selera.

Soalan yang semua tertanya tanya.  Betul ke Jah yang masak???.  Sebabnya semua yang di hidang memang sodaaap.  Sampai ada yang chek tong sampah nak cari evidence to indicate otherwise.  Esoknya balik KL ambo pun cari Salmon nak cicah ngan budu.  Anyway...thank you to Zam dan Jah for having us all.

Sana sini December - 15 Dec - Majlis pertunangan Hafiz dan Ema di Jenjarum, Banting

Fattah pulok jadi cameraman

Sama2 jangok - One for the record

Sana sini December - 15 Dec - Majlis pertunangan Hafiz dan Ema di Jenjarum, Banting


Semua pandang kiri - last minute tweaking

Majlis ringkas berjalan lancar dengan Wak dan Seng pengendali majlis.

Zam sebagai cameraman bersebelahan  ustaz.

Suko cito belako lako.

Tu dio orang nya - duduk renggang renggang weih!!

Wednesday, December 19, 2012

Jalan2 cari makan - Johor

Asam Pedas Madu Tiga di simpang batu 24 Pontian Sekudai ...licinnnn

Jalan2 cari makan - Johor

Ambo di Tg. Piai..penghujung benua Asia.

Jalan2 cari makan - Johor

Kami makan pagi hari ini di warung di Senggarang Timur.  Tempat ini antara Batu Pahat ke Pontian.  Pagi ini menu nya ialah nasi lemak dan lontong.  Lontong ini yg best nya telur rebus nya ada rasa manis.  Tekaan ambo masa rebus telur tu di tarok sedikit gula.

Jalan2 cari makan - Johor

Memang sah tuan kedai tempat kami breakfast di Senggarang Timur ni kuat parti Pas.  Bertebeing di kedainya sepanduk parti.  Menu2 disini sodap.

Tuesday, December 18, 2012

Tuesday, December 11, 2012

Sekitar meraikan Mamatuk @ 73 - Part 2

Kimi lost with Galaxy Note

Afrina with Mum

Arifah, Husna n Faiz main rumah2

Tiga bujang kelana

Monday, December 10, 2012

Sekitar meraikan Mamatuk @ 73

Mamatuk dan cucu2 @ 73

Barbecue do @73

With Kak Nor @ 73

Macam2 ada @ 73

Monday, November 5, 2012

Travelog Haji - Signing Off - Fate of the Ummah


We are about to leave Mekah for Jeddah. Our hajj is now complete. We pray to Allah that our Hajj is accepted as mabrur. Leaving this holy land I cannot help but reflect and summed up my experience with this word....what has happened to this once great ummah. What has made us to sink to this pathethic state. Why so much difference betwen THEN and NOW. It reminds me of a hadith during the last days of the prophet during his farewell prayer to the martyr of Uhud....... “I am to precede you and I have been made witness upon you. By Allâh, you will meet me at the ‘Fountain’ very soon. I have been given the keys of worldly treasures. By Allâh, I do not fear for you that you will turn polytheists after me. But I do fear that acquisition of worldly riches should entice you to strike one another’s neck.” . With this hadith I am leaving Mecca with tears in my eyes and sadness in my heart. Signing Off .Wassalam.

Sunday, November 4, 2012

Travelog haji - Last pix

This shall be our last pix at masjidil haram. Tomorrow early morning will be our tawaf widak...tawaf selamat jalan.

Travelog haji - my Inspiration

Was about to go back without doing tawaf after dhuha prayer this morning.  Then I saw this man doing his tawaf.  I told my self that I have to do mine and do it well.  So I did it.  Thank u for being such an inspiration.

Saturday, November 3, 2012

Travelog haji - Pintu mana favourite anda

Setiap orang ke masjidil haram pasti mempunyai pintu kesulaan untuk masuk ke masjid ini.  Ada berpuluh puluh pintu.  Banyak jamaah kita yang tersasar dan terus tersesat kerana lupa pintu yang digunakan untuk masuk.  Biasanya berlaku kepada jamaah yang beumur dan berlaku majoritinya semasa zohr.  Ini desbbkan jamaah yang ramai dan cuaca yang amat panas.  Pintu kegemaran kami ialah pintu 84 berhadapan Bin Dawood.  Apa pintu kegemaran anda?.

Surah Al-Araf Ayat 25

Surah Al-Araf, Verse 25:
قَالَ فِيهَا تَحْيَوْنَ وَفِيهَا تَمُوتُونَ وَمِنْهَا تُخْرَجُونَ

Allah berfirman: "Di bumi itu kamu hidup dan di bumi itu kamu mati, dan dari bumi itu (pula) kamu akan dibangkitkan.
(Indonesian)

via iQuran

Friday, November 2, 2012

Travelog haji - Countdown to departure

Kebanyakkan jemaah KT19 maktab 96 sudah mula mengemas barang masing2.  Maklumlah waktu penerbangan pulang sudah hampir tiba.  Kebanyakkan jemaah sudah mula bercerita tentang anak dan cucu masing2.  Sudah mula bercerita tentang makanan kegemaran masing2 di tanah air.  Kami akan overnight di Jedah di asrama Tabung Haji.  Menjadi undang2 disini untuk jamaah haji tahun ini perlu berada di lapangan terbang 6 jam sebelum flight out.  Flight kami pada 11pagi 6 Nov.  Sampai di KLIA pada pukul 1.15 pagi 7 Nov. Jadi sampai very early morning. 
Pagi ini ada briefing dari Tabung Haji untuk tawaf wadak dan keberangkatan pulang.  Wassalam.

Wednesday, October 31, 2012

Travelog haji - Tamat lah ibadat haji kami.

Alhamdulillah ...dengan mengerjakan saei haji tadi maka tamatlah ibadat haji kami.  Setiap langkah terakhir kearah bukit marwah sungguh menghibakan.  Sebak kami.  Kerana berjaya menghabiskan ibadah haji ini dan juga menghadapi realiti yang tak mungkin diumur sebegini kami dapat melalui pengalaman sebegini lagi.  Walaupun begitu kami tetap berdoa agar diberikan umur yang panjang dan rezeki untuk ketemu lagi perjalanan haji ini.  Satu perjalanan yang pasti tidak dapat dilupai sepanjang hayat dikandung badan.  Bak kata seorang kawan di Madinah...satu pengalaman yang amat signifikan.  Kepada adik beradik dan ipar duai yang sudah cukup syarat kami sarankan buatlah sesuatu untuk mengerjakan haji secepat mungkin semasa masih sihat dan nyawa di pinjamkan oleh Allah yang maha kuasa. 
Dihadapan kaabah kami berdoa agar ibadah haji kami diterima Allah....Wassalam.

Travelog Haji - excerpt from a writing by Leopold Weiss @ Mohd Assad a jew who would become an important muslim scholar

.....The reality, however, of presentday Muslim life appeared to be very far from the ideal possibilities given in the religious teachings of Islam. Whatever, in Islam, had been progress and movement, had turned, among the Muslims, into indolence and stagnation; whatever there had been of generosity and readiness for self-sacrifice, had become, among the present-day Muslims, perverted into narrow-mindedness and love of an easy life.

Prompted by this discovery and puzzled by the obvious incongruency between Once and Now, I tried to approach the problem before me from a more intimate point of view: that is, I tried to imagine myself as being within the circle of Islam. It was a purely intellectual experiment; and it revealed to me, within a very short time, the right solution. I realised that the one and only reason for the social and cultural decay of the Muslims consisted in the fact that they had gradually ceased to follow the teachings of Islam in spirit. Islam was still there; but it was a body without soul. The very element which once had stood for the strength of the Muslim world was now responsible for its weakness: Islamic society had been built, from the very outset, on religious foundations alone, and the weakening of the foundations has necessarily weakened the cultural structure -- and possibly might cause its ultimate disappearance..full text at http://www.way-to-allah.com/en/journey/leopold.html

Monday, October 29, 2012

Travelog haji - Celebrating our hajj with shawarme roll at zamzam tower

Travelog haji - Mina pada 10hb Zulhijjah untul lontaran jamrah qubra dan masih didlm ihram

Travelog haji - Selamat tinggal Mina. Semoga diizinkan Allah kita ketemu di musim haji yang lain...insyallah

Berlatarkan kompleks jamrah di Mina.  Dari tempat tinggal kami di Muassim kami melalui dua terowong untuk ke kompleks jamrah.  Jauh perjalanan 2 km.  Sebelum ini didalam fikiran ambo untuk melontar kami perlu melalui padang pasir  untuk ke jamrah dengan menahan panas matahari dan debu padang pasir.  Sebalik nya semua perjalan melalui jln raya berturap dan terowong yg teduh.  Manakala kompleks jamrah pula lima tingkat dan beraircon.  Melontar tiada masaalah insyallah.

Travelog haji - selepas melontar qubra hari terakhir di Mina.

Selepas 4 hari berada di Mina maka hari ini ialah hari tasyrik terakhir disini.  Selepas ini kami akan dibawa balik dgn bas ke Mekah yg sejauh 7 km dari Mina.  Mina dan Muzdalifah ialah cuma bandar musim haji.  Tiada penduduk tetap disini dan solat Jumaat tidak diadakan di masjid disini.  Insyallah pagi atau petang ini kami akan melengkapkan ibadat haji kami dikota Mekah dengan tawaf ifadah dan saei haji.  Wasalam.

Wednesday, October 24, 2012

Travelog haji - Jamaah being prepared for boarding of buses for Arafah

Travelog Haji - Who is the real star ...Haji siapa yang lima bintang?

Itu lah pertanyaan dlm hati ambo dipagi hari menjelang subuh.  Adakah haji mereka yang tidur berbumbung kan langit dengan serba kekurangan dan masih rasa bersyukur atau mereka didalam hotel safwa tower dibelakang itu yang diulit serba kemewahan dan kemudahan yang cuma selangkah kepintu masjid.  You have to see and walk thru these people to feel so humbled by this class difference.  I just can feel a total submision by those people yang tidur berbumbung kan langit kepada rezeki dan takdir dalam menjadi tetamu allah.   An air of spontaniety to it...if it is a right word to use.  Totally totally  leaving to Allah.  I feel so humbled.   Tak payah lah compare dengan Safwa tower tapi compare dengan apa yang disediakan oleh tabung haji di maktab 96 pun dah jauh bezanya.   Tak tau macam mana nak cakap.  I feel that these people yang betul2 menjadi tetamu istimewa.  Honestly. As though haji are meant to be done this way.  Adding an air of friendship and comradeship to the whole experience.  As though staying in the starred hotel making the experience so artificial.  Why stay in the starred hotel when you can have the real star up above.  Cuma Allah menentukan haji siapa yang lima bintang.  Astaghfirulah.

  P/s:  I so want to experience the old Mekah which now gone forever.  Other than masjidil haram the thousand year old building are now gone forever.  Mekah is just like other town with tall buildings and fove star hotel and more so in few more years time.

Travelog haji - Sehari sebelum bertolak ke Arafah

Hari ini 23 Okt.  Esok jemaah Malaysia mulai bertolak ke Arafah.  Wukuf pada 25  okt.  Sudah ramai jemaah mulai mengenakan ihram dan meninggalkan kota Mekah.  Banyak jemaah dlm mengikut sunah Rasulallah akan bergerak dari Mekah ke Mina sebelum bergerak ke Arafah pada hari wukuf.  Jemaah dari benua India dan ramai dari negara lain yg mengamalkan cara begini.  Apapun yg rukun nya ialah berada di bumi arafah walau sebentar selepas gelincir matahari pada 9 dan sehinga masuk subuh malam 10 hb zulhijjah.  Tiada arafah tiada haji.  Semua jamaah dinasihatkan kurangkan aktiviti fizikal sepert tawaf dan umrah sunat menjelang hari wukuf.  Ini untuk memastikan jemaah dlm keadaan sihat untuk berada di arafah, muzdalifah dan mina.

Travelog Haji - Doa di depan Baitullah semoga ibadat haji sempurna di terima Allah.

Last day before travelling to Arafah.

Travelog haji - Hadith #36 dari hadith 40 imam nawawi

Travelog haji - Hari Masyair penempatan

Tiap tiap jamaah tadi telah diberi penempatan di arafh dan mina.  Di arafah ambo di khemah 25 dan kak nor di khemah 33.  Manakala di Mina ambo di khemah 16 dan kak nor khemah 21.  Di mina khemah kami dekat dengan jalan keluar ke terowong muassein.  Jauh dengan tandas tapi dekat dgn klinik.  Apa pun bershukur

Tuesday, October 23, 2012

Travelog haji - Kurma dan jamaah kita

Kurma yg di sedeqah ini memang sedap.  Tapi jangan lah sampai mengguna bag plastik untuk dibawa balik kebilik.  Ada lima ribu penghuni lain di Maktab ini yg juga ingin merasa kurma ini.  Teringat ambo hadith no. 13 dlm kompilasi imam Nawawi "Tidak sempurna iman seorang muslim sehingga sehingga dia menyayangi saudara nya seperti dia menyanyangi dirinya sendiri.

Monday, October 22, 2012

Travelog haji - Small hill of new purpose.

Bukit di dalam gambar itu sebenarnya dahulu ialah sebuah bangunan.  Ia diruntuhkan untuk pembinaan semula kota mekah.  Ini menyebabkan debu debu bertebaran dan terjadi polusi debu yang teramat sangat.  Sekarang ia cuma tinggal loggokan batu batan.  Tiap2 hari ambo dan beratus ribu jemaah melalui bukit ini ke masjidil haram.  Semalam ambo nampak ramai jamaah terutama dari afrika yang memanjat naik.  Ambo pun pelik apa yang dibuat diatas runtuhan batu batan.  Sehingga kawan sebilik menjelaskan hakikat sebenar.  Apa agak nya mereka disana?.
.

Travelog haji - Cuaca nyaman mendatang

Sekarang ni ambo diatas bumbung masjidil haram menunggu isya.  Cuaca amat nyaman dengan kepanasan 27c ke 37c.  Sekarang ini sekitar 30c.  Walaupun dikira panas tapi dengan humidity yang kering ia amat nyaman sekali.  Buat pertama kali semalam hujan lebat menimpa kota Mekah.  Ini membuat cuaca semakin mendingin.
Diatas bumbung pun jamaah penuh dan ketat sekali.  Tapi situasi diatas ini lebih relax dan informal dengan jammah berkumpul bercerita dan bertukar khabar.  Bagi jemaah malaysia amat susah mendapat berita berita terkini mengenai situasi haji disini.  Oleh itu banyak khabar2 dan khabar2 berangin yang dibawa.  Ini terutama cerita orang sesat, orang hilang, orang dilarikan orang jan jenayah terpencil.  Eloklah dibuat satu website khas untuk jemaah supaya peka terutama situasi di mekah dan jemaah malaysia.
Looks like everybody is enjoying themselve on this roof top.  Salam.

Travelog haji - Tentang sendi, sedeqah dan masjidil haram

Hari ini terasa amat fatigue..letih dan lesu.  Dalam kepala sudah merancang maghrib dan isya cuma di surau maktab 96.  Sambil baring2 diatas katil ambo cuba menghabiskan hadith 40 oleh imam Nawawi.  Bila sampai hadith 26 yang disertakan diatas maka sudah tiada ada alasan letih lagi.  Sendi2 lusuh ini perlu bersedaqah.  Ambo terus capai sejadah dan bag sandang dan berjalan mengharungi lautan manusia untuk ke masjidil haram untuk maghrib dan isya'.  Walaupun awal satu setengah jam tapi disini dimusim haji ini ini sudah dikira lewat.  Dataran menuju ke escalator king fahd sudah mula dipenuhi saf2 terutama dari india dan afrika.  Dapat juga menyelit masuk.  Walaupun cuma dapat berjamaah di atas bumbung tapi amat lega kerana sendi sendi ini dapat juga besedeqah dengan membawa orang tua ini berjamaah di masjidil haram.