Selamat Datang ke Blog Mamatuk

Blog nie ambo setup untuk semua adik beradik dan sedara mara yang nak tahu status kesihatan Ma kita. Tapi diselitkan juga cerita2 lain yang dekat dihati ambo. Jadi terima kasih kerana concern anda semua dan melawat blog ini. Kalu ada salah silap maaf deh.

Wednesday, March 2, 2011

Visit ke IJN

Ambo tak larat dah angkat tepon..bukan toksei tapi banyak sangat query.. Jadi ambo buat lah website blog nie nak cerita pasa mamatuk dan latest progress.

Jadi setakat hari nie lah nampak nya kesihatan mamatuk nya beransur pulih. Tidur pun lena dan makan pun dah berselera. Tiap2 malam sebelum tidur ambo ON kan lembek letrik dan pasang air-con. Jadi tidur pun sedap..muka sejuk kena aircon tapi badan panas kena lembek letrik. Lain kali ambo cerita pasal lembek letrik pulok sbb ada hok tanya lembek apa nie??.

Mengenai visit ke IJN tu dah gie dua hari 28/2/11 dan 1/3/11. Jumpa dengan pakar nama Dr Jaideep. Jadi dah buat tiga jenis test x-ray, echo dan ecg. Juga dah bagi video angio di HUSM Kuban Kerian pada 13/2/11 baru2. Terima kasih hawari kerana lorat2 gie HUSM jumpa nurse mintak video.

1 comment:

  1. sebab susah nok kontek dan masing-masing ado hal dharap blog ni dapat di update tiap hari. dan latest photo ma . boleh ko ? .kato ighoh

    ReplyDelete