Selamat Datang ke Blog Mamatuk

Blog nie ambo setup untuk semua adik beradik dan sedara mara yang nak tahu status kesihatan Ma kita. Tapi diselitkan juga cerita2 lain yang dekat dihati ambo. Jadi terima kasih kerana concern anda semua dan melawat blog ini. Kalu ada salah silap maaf deh.

Tuesday, March 8, 2011

Tie pun ada mari

Tie pun ambil masa teman mamatuk di IJN walaupun habis tugas pukul 4pm.

Latest:

Yang call hari nie: Pok Cik Kie

Tadi jumpa dgn Dr Roshila. Dah bincang dengan dia. Di sebabkan faktor umur katanya yang elok nya buat Tavi. Katanya kalau open heart operation tu takut2 terlalu severe untuk Mamatuk. Dua valve rosak tapi yang satu masih moderate, jadi masih boleh di buat Tavi. Procedure Tavi mempunyai team nya sendiri. Jadi Dr akan buat appointment untuk Mamatuk jumpa dengan team Tavi. Tie juga cuba bantu. Tavi nie sbb benda baru cuma dibuat pada masa tertentu shj. The next round of operation untuk Tavi pada 24/4/2011. Team nie tunggu pakar Tavi dari UK. Jadi sekarang tunggu date untuk jumpa team Tavi untuk bincang and for their consideration.

Yang pelik nya ambo royat lah blood pressure mamatuk tinggi sikit. Surgeon tu kata bagus tinggi sikit kalau tidak boleh pensang. Sbb nya valve tu dah narrow jadi kalau pressure tinggi sikit lagi bagus. Okay..masuk akal. Jadi sama2 lah kita berdoa untuk kesihatan mamatuk.

1 comment: