Selamat Datang ke Blog Mamatuk

Blog nie ambo setup untuk semua adik beradik dan sedara mara yang nak tahu status kesihatan Ma kita. Tapi diselitkan juga cerita2 lain yang dekat dihati ambo. Jadi terima kasih kerana concern anda semua dan melawat blog ini. Kalu ada salah silap maaf deh.

Thursday, March 31, 2011

Mak Kak Nur - di 7 utara HUSM

Pix: Nabilah dan nenek nya
Bertolak pukul 6.45am dari KL dan sampai ke KB pukul 3pm. Tak segar mak kak nur. Hospitalised since 23 March 11. Doktor pun tak sure camner nak buat. Dah xray banyak kali cari tempat sumbat. Malam nie sekali lagi xray. Package nya ialah diabetis, total kidney failure, jantung lemah pah tu nie di tambah dengan buangan sumbat. Sama2 lah doa cepat segar.

Wednesday, March 30, 2011

Balik Kelantan esok pagi - Ma transfer rumah Datin

Mak Kak Nor tak segar benar. Hospitalised for almost a week with all sorts of ailment. Diabetic, total kidaney failure, heart dysfunction and now having lower abdomen failure. Jadi pagi pagi lagi esok kena drive balik Kelantan. Jadi for now Datin will take over with regards to Mamatuk. Kalu tengok condition Mak Kak Nor tu alhamdulillah Mamatuk jauh lebih segar.

Tadi Tie call dia pun masih tak dapat nak contact Dr Rushila. She is trying her best. Jadi adik-beradik janganlah pressure dia pulak. Dia pun ada banyak problem right now..Azran hospitalised at Ampang Puteri with severe bleeding after tonsil operation. Mak Mertua dia pun tak sihat. Baru2 nie Mak Cik Som pun tak segar dengan lelah nya.

Kalau ada yang sudi nak update blog nie masa ambo di KB amat dialu2 kan.

Bila cerita orang nie tak segar dan orang tu tak segar teringat lah dalam khutbah last week antara nya bermaksud..sabda Nabi..antara nikmat nikmat Allah yang sering kita lupa ialah masa sihat kita dan masa lapang kita. Nikmat nya sihat nie adik kakak sekalian. Jadi pakat pakat renung lah apa yang kita telah penuhi masa sihat kita dan masa lapang kita...sbb ...pasti nya kita akan di tanya.

How to a Survive Heart attack when you are alone

This article was forwarded by Aiman on how to do self CPR

HOW TO SURVIVE A HEART ATTACK WHEN ALONE

Since many people are alone when they suffer a heart attack, this article seemed in order. Without help the person whose heart stops beating properly and who begins to feel Faint, has only about 10 seconds left before losing consciousness. However, these victims can help themselves by coughing repeatedly and very vigorously. A deep breath should be taken before each cough, and the cough must be deep and prolonged, as when producing sputum from deep inside the chest. A breath and a cough must be repeated about every two seconds without let up until help arrives, or until the heart is felt to be beating normally again. Deep breaths get oxygen into the lungs and coughing movements squeeze the heart and keep the blood circulating.

Full article here . Mesti kena baca article tu up to the end as there are better way of doing it.

Tuesday, March 29, 2011

Tongkat di pintu

Pagi nie pergi Malay Mail kejap. Lepas check semua IT related systems tak der masaalah ambo pun balik lah. Sampai rumah kat pukol 11am. Nampak ada tongkat tersangkut di grill rumah. Buka pintu sorang pon tak dok. Kak Nor memang pergi skoloh. Semua pintu bilik tutup. Slow slow buka pintu....jelepeik tidur dua orang...Mamatuk dan Mak Cik Munah macang. Sorang atas katil dan sorang lagi terguling kat bawah. Rupa2 nya Farihan hantar makcik pagi takdi.

Monday, March 28, 2011

TAVI

Sedutan artikel mengenai TAVi dari Kosmo. Tak tau adik bradik mana yang email ke blog nie. (Next time bubuh lah nama posted by..nak lah bui kredit). It is a good article on TAVI. Tapi gambar cut and paste tu tak keluar. So ambo edit2 sikit lah dan buat link.


45 minit 'baiki' jantung

Sastrawan Negara, Datuk Shahnon Ahmad, 76, masalah pernafasan yang dialaminya sentiasa membuatkan beliau mudah kepenatan. Namun, pada 26 November lalu, setelah menjalani implantasi injap aorta bagi menggantikan injap yang sempit (stenosis) menerusi teknik kateter Transcatheter Aortic Valve Implantation atau TAVI, kesihatan beliau bertambah baik. Malah kadar pernafasan beliau turut memberangsangkan.

Read the full article here.

Sunday, March 27, 2011

Mother - Our Rock

It is almost midnight..when the weather is cool and the mind start to wander. There is no star outside tonight. Just a grey cloud accompanying a lazy moon. The television is off ..just me and my Nokia. Complete silent.

Our mother health is in a grave situation. Her heart condition can detoriate at any time from good to bad at an instance. She will be full of life one moment and than the next will be short of breath looking for her GTN medicine. And it will take two to three days after the attack before she can recover and another a couple of days before back to her normal self. She confessed, living on the edge is pretty scary. Lets hope there will be time for proper treatment for her. Have we tried hard enough?.

It is a priviledge bestowed to me by Allah that allow me to take care of her. To those who managed to do the same I am sure you will agree.Most of us takes thing for granted until we loose it.

When father passed away years ago my regret is that i wish i am not that busy, i wish i enjoy his company more. How i remember when i took leave and went back to kampong..he will pick me up from bus station and went to his favourite restaurants. How proud he was when i went to UK. It is his bragging right. Telling the next guy he met of his son in UK. How I wish we have more time together.

The first night after father passed away. I was in the master bedroom ..greiving..tears in the eye.It is a big a shoe to fill. Because father is such a man. Mother walked in ..feeling my sadness. I still remember she was very calm and compose. I remember telling her "...I am feeling a heavy responsibility now on my shoulder...". And she told me..insyallah ..we will make it through. Alhamdulillah..all of us make it through.

Thats is mother, such a sweet calm beautiful unassuming. Gentle and sweet. But she is our ROCK. I hope all of us are previledged enough to take care of her.

Saturday, March 26, 2011

Jah teman Mamatuk dan laksa rumah Datin


Jah and Mamatuk : Hari Sabtu semalam balik dari HKL Jah terus datang rumah ambo di Keramat.

Sambil bawa buah tangan 5 pack Kenny Rogers. Jadi Mamatuk makan Kenny Roger lah semalam. Sambil buah tangan tu Jah juga sudi share cara cara penjagaan kulit muka..sbb muka dia sekarang dah cun melecun. Ada lah ambil video merakamkan petua petua tu tapi malangnya tak leh siar sbb tak dibenarkan oleh empunya diri...tanya lah dia sendiri bakpo.

Nyenyak tidur mamatuk semalam sbb Jah teman dia. Katanya malam nie pun dia akan teman mamatuk.


Di Jamu Laksa Rumah Datin

Hari nie sempena tidak kesampain Cik Rah dan ayah Seng dari selatan Datin buat laksa..he he jgn marah ya. Seperti semua tahu kuah laksa Datin nie tak siapa yang boleh lawan. Tak tahu apa dia bubuh dalam kuah laksa...selipar jepong ko..sbb memang special..tip top.

By the way..Apa nak jadi dengan putik pauh dlm fridge untuk orang Johor nie??. Rasanya habis kor orang sini lah.

Friday, March 25, 2011

Emergency ke IJN

Latest 8.00 pm Tie ada call. Dia sendiri pun dah cuba call surgeon Rushila tu tapi tak leh lagi. Next Monday dia akan cuba lagi. Harap2 dapatlah di mudah kan urusan Insyallah. Pakat2 lah doa.

Pagi tadi sekali lagi mamatuk sesak nafas. Sebutir lagi pakai ubat GTN. Jadi cepat cepat lah pagi nie rush ke IJN emergency. Buat ECG nampak semua dah okay. Dr kata nie effect dari valve yg rosak tu lah. Tak leh nak buat apa2 sehingga buat operation. Dr di emergency try to make early appointment ngan Dr Jaswant of TAVI team. Apparently klinik Surgeon Dr Rushila belum lagi buat apa2 appointment ngan Dr Jaswant. Baru call Tie tadi tapi dia sibuk. Mungkin dia kan call back later.

Thursday, March 24, 2011

Nabilah belanja di Jaya Jusco tapi ayah bayar

Latest: (6.30pm) Ma kena attack macam baru nie. Kena dua biji ubat bawah lidah baru lega. Kalau kena sebutir lagi kena bawa gi IJN. Jadi rasa nya tak berani nak release mamatuk gie Johor hujung minggu nie. Mamatuk dok berurut ngan Kak Nor tu.

Hari nie semua sibuk..ambo dan nabilah gie ambil registration form di MMU for June intake dan Kak Nor pun lorat..seperti sokmor2. Jadi hari nie lunch di Jusco..Nabilah belanja tapi ayah dia yang bayor nyo.

Tuesday, March 22, 2011

Monday, March 21, 2011

Mamatuk back in KL dan Projek studio batik

Latest (23/3/11) Mamatuk tunggu ubat hok lawyer hantar addressed to opih Datin. Belum terima lagi. Dah lebih 3 hari.

Latest (22/3/11) Tie ada SMS..still no info from surgeon office. Katanya bagi masa sikit lagi. Dia akan tanya lagi Jumaat nie.

Mamatuk is now back in KL. Kelmarin sampai di rumah Datin dan pagi2 lagi tadi sampai rumah di Keramat. Masuk saja rumah cepat2 dia pergi chek belakang rumah tengok projek studio batik. Dah 60 peratus siap. Structure semua dah siap. Belum siap nya ialah tiling, pagar kayu, plumbing and electrical fixtures, cat dll.

Mamatuk nya nampak segar..sbb boleh balik Salor tengok pokok lada. Buat mari satu jjabir buah pauh putik nak buat jeruk katanya. Katanya balik baru nie nak cabut gigi tapi tak sempat sbb kena off dari ubat cair darah selama 5 hari..jadi tak dan. Nampak gaya nya either buat di KL or Johor lah. Tengok lah sapo2 yang bernasib baik.

Re TAVi ambo akan call Tie lah kejap lagi nak tanya status.


Friday, March 18, 2011

Khutbah Jumaat Knockout

Sbb Mamatuk dok kampung jadi tak dok lah cerita pasal mamatuk nya. Tapi sbb hari nie hari jumaat jadi teringat satu khutbah jumaat 30/4/2010 di Taman Keramat oleh Datok Najmi. Rasa nya dah email ke semua. Tapi just a reminder. Pendek tapi power.

Khutbah Jumaat 30/4/2010 - Checklist Diri

1. Adakah anda telah sempurna menunaikan solat lima waktu sehari semalam tanpa gagal?

2. Adakah anda termasuk dalam golongan orang-orang yang menunaikan solat secara jemaah?

3. Adakah anda seorang yang amat perikhatin tentang kejiranan anda atau anda seorang yang tidak menghormati jiran?

4. Sejauh manakah anda telah mengambil langkah-langkah untuk menunaikan Fardhu Haji?

5. Sepanjang hidup anda, berapa kali anda telah khatam Al-Quran?

6. Dalam Al-Quran terdapat 6,666 ayat, berapa ayat yang anda hafal?

7. Dalam sebulan berapa sumbangan anda untuk kebajikan?

8. Berapa ringgit dalam satu hari anda menghabiskan untuk rokok?

9. Adakah anda seorang yang minat membaca?

10. Berapa jam dalam satu bulan anda gunakan untuk membaca?

11. Dalam satu minggu berapa kali anda menghadiri majlis-majlis ilmu di masjid atau di surau-surau?

12. Berapa orang tokoh-tokoh ilumuan yang anda kenal?

13. Berapa hadith-hadith Nabi anda hafal atau tahu maksudnya?

14. Dalam satu bulan berapa sumbangan anda kepada masjid atau surau?

15. Berapa jam satu hari anda menonton TV?

16. Manusia ada 4 kategori:

a. Lambat marah cepat maaf

b. Cepat marah cepat maaf

c. Lambat marah lambat maaf

d. Cepat marah lambat maaf

17. Adakah anda termasuk dalam golongan orang yang selalu berdoa untuk kedua ibu bapa?

18. Adakah anda seorang yang boleh menerima teguran atau nasihat yang ikhlas?

19. Adakah anda seorang yang suka mencari kesalahan orang dan lupa kesalahan sendiri?

20. Tahukah anda bagaiman mencari jalan pulang??

Wednesday, March 16, 2011

Mamatuk - Back in Keramat

Update:(18/3/2011) Mamatuk back in Salor. Katanya adalah pokok lada hok mati nya.

Update: (17/3/2011) There is no update from IJN bila agak nya boleh jumpa team TAVI. Orang kuat kita Tie cuti balik kampung. Harap2 nya Ma jumpa lah dia di kampung hari ni.

Selepas 3/4 malam di rumah Asiah tadi ambo gi lah lah jenguk2. Kebetulan mamatuk memang nak balik KL sbb nak ikut Datin balik KB esok. Tapi sebelum balik KL tu kita semua termasuk ketiga tiga hero Asiah sekali pergi menjamu selera di restoran Beriani Anje di Bangi. Rupa2 nya restoran tu dekat dengan rumah yang Asiah baru beli tu.

Kami semua pun lepas makan tu gi lah tengok rumah baru Asiah. Rumah nya dah siap tapi belum dapat CF lagi. Pas tu kena halau kat pak guard sbb kawasan tu tak leh masuk kereta lagi.

Friday, March 11, 2011

Rumah Lama kita di Kg Salor

Hari ni Mamatuk di rumah Asiah

(Cerita nie for the sake of younger bros/sis)

Ambo akan always nostagia mengenai rumah lama kita di kg Salor.. i.e rumah Tok Dor. Tempat nya ialah rumah Mok Cik sekarang nie. Rumah kita sekarang nie kira nya rumah baru. Pindah rumah baru sometime around 1967..thats the year I went to school. Prior to 1967 seingat2 nya dah tinggal di rumah lama. Klau ikut sifir (71-50+7) umur mamatuk masa tu ialah 28. Umur Ayah ??? Cuba cari gambar rumah lama tapi tak jumpa

Ambo nak describe sikit rumah lama to those yang tak sempat nak tengok or experience it.

Rumah style zaman dulu. Tiang tinggi..Tangga kayu dengan ada pemegang. Yang ingat tepi tangga belah kiri ada sarang semut merah ...sbb sokmo kena ketik dan sebelah kanan ada tempayan...naik tangga tu ada jemoran buluh..on the left ada bendul tinggi masuk main house. Belah kanan immediately ada rumah padi, pas tu ada lower bendul leading small room with langsir it is where the living quarter I stayed with ma, ayah, kak mak dan ubaid. In that living quarter ada own dapur, katil kayu buat sendiri. On the left after main hall bilik tokdor..pahtu on the right ada dark corridor joined to dapur tokdor leading to our living quarter described above.

Mamamtuk ada cerita Shell area manager ada datang rumah tu. Jerlus kaki atas jemuran buluh. Main hall pulak takdok kerusi..jadi manager dok menyandar atah bantal.

Dinding rumah nie di buat dengan zinc sahaja. Jendela facing jalan besar tu ada full length windows sampai bawah dengan pagar musang. Atap pulak ialah bata merah. No electricity. Air dari telaga tidak berkerek dan berdinding kayu.

Bawah rumah
- ada char bawah jemuran buluh tu (my toilet).
- tempat bertanah ayah punya kereta tractor dan motorsikal was there
- kalu tak silap ada tumbuk padi

My memory
- pernah dikejar ibu ayam masuk dalam char.
- ayah balik ngan motorsikal honda cub turun cepat2 nak main horn
- ada tractor tolak jenis kubota
- Malam rumah tu gelap

I hope you guys can picture our very first house in Kg Salor. We moved to the current house in 1966/67 even before even the windows got fixed. Such a memory.

Thursday, March 10, 2011

Ngaji Quran - In house expert

Seingat ingat ambo lah mamatuk nie suka sangat baca Quran. Kata mamatuk dia sejak kecik lagi suka baca Quran. Sejak balaisah seberang tu pun dah mula mengajar budak2 ngaji. Ambo ingat masa rumah buruk dulu (rumah tokdor) ramai budak2 mari ngaji rumah. Sessi pagi dan tengah hari..ada sokmor. Di rumah baru pun masih jugak. Sehingga tak dan sbb anak2 dan urusan rumah. Mana ada washing machine dll masa tu. Kalau baca walpajri tu tak lama boleh makan pulut kuning.

Ambo masa tu tak skoloh lagi. Adalah sama besar ngan Una. Kirjo nya simpan rahal. Pah tu ambil raha buat racing dengan Ubaid lah. Makcik Joh wakaf baru ada beli baju cowboy (Tq Mkcik luv u). Pakai lah baju tu buat racing raha.

Jadi sempena ada expert dalam rumah jadi pakat2 lah ambil kesempatan. Lepas subuh sempat lah dua muka baca ngan mamatuk. Cari suroh hok payoh2. Nak recap lah. Hak senang tak aci. Banyok lah ambo tak kena nya. Enjoy the video (Sajo.. ggurau ngan Ma) .


Tuesday, March 8, 2011

Dinner at sushi king

Hawari call semalam at 10pm..he is on the way to Bangkok..company trip.

Tonite we dine at the above. Mamatuk menu is sushi king gozen - prawn and vege tenpura, sweet beancurd sushi, crabstick sushi, omellete sushi, raw salamon sushi served with fine japanese wheat noodle, egg custard and cultured milk drink. Desert nya ialah daifuku..mamatuk kata rasa macam nonei.

Tie pun ada mari

Tie pun ambil masa teman mamatuk di IJN walaupun habis tugas pukul 4pm.

Latest:

Yang call hari nie: Pok Cik Kie

Tadi jumpa dgn Dr Roshila. Dah bincang dengan dia. Di sebabkan faktor umur katanya yang elok nya buat Tavi. Katanya kalau open heart operation tu takut2 terlalu severe untuk Mamatuk. Dua valve rosak tapi yang satu masih moderate, jadi masih boleh di buat Tavi. Procedure Tavi mempunyai team nya sendiri. Jadi Dr akan buat appointment untuk Mamatuk jumpa dengan team Tavi. Tie juga cuba bantu. Tavi nie sbb benda baru cuma dibuat pada masa tertentu shj. The next round of operation untuk Tavi pada 24/4/2011. Team nie tunggu pakar Tavi dari UK. Jadi sekarang tunggu date untuk jumpa team Tavi untuk bincang and for their consideration.

Yang pelik nya ambo royat lah blood pressure mamatuk tinggi sikit. Surgeon tu kata bagus tinggi sikit kalau tidak boleh pensang. Sbb nya valve tu dah narrow jadi kalau pressure tinggi sikit lagi bagus. Okay..masuk akal. Jadi sama2 lah kita berdoa untuk kesihatan mamatuk.

Menunggu jumpa surgeon Roshila Hashim

Mamatuk menunggu dengan sabar di IJN untuk berjumpa dengan Consultant Cardiothoracic Surgeon. Appointment pukul 4.20pm.

IJN - Menunggu surgeon

Sedang menuggu untuk berjumpa dgn Consultant Cardiothoracic Surgeon Roshila Hashim. Baru check blood pressure..on the high side though.

Monday, March 7, 2011

Ma dan Ubi Kayu Besar

(Latest Note: Tie baru call..esok confirm gi IJN 4.20pm. Tq Tie)

Hari nie tok mandor kita (mamatuk) gali ubi kayu belakang rumah (dia suruh tukang lah..sbb dia mandur). Jumpa lah ubi kayu besar (ref to pix). Bentuk macam tebuan. Besar sungguh weih. Dah berapa tahun ubi tu dok tepi pagar. Nak ambil payoh sbb banyak kerengga (kata kak nor).

Rebus lah Kak Nor nyo..ingat nak buat poli ubi kayu..tapi rasa macam sponge..dah tak dok kanji...ubi tua rupa nyo (he he..ubi mcm tuan ubi) .



Betul dok mcm tebuan.??.

Mamatuk jadi mandur















Yang call:

Thuraya
Ubaid

Mamatok pagi pagi lagi mari dumoh ambo hari nie..sbb rumah Kak Mak dah takdo orang. Nanti selok sorang2 susoh jugok. Rumah ambo pulok hari nie start buat renovation belakang rumoh. Gegei sikit lah. Molek jugok lah mamatuk ada rumoh..boleh lah jadi tok mandur.. ada 4 lima orang tukang tu. Bui kerjo skit kat dia.

Jap lagi nak confirm ngan Tie appointment esok di IJN tu. Dalam card IJN mamatuk takdok pulok tulih appointment..ini ikut pintu orang dalam lah.

Adalah ambo berbual ngan mamatuk pagi tadi mengenai operation. Royat lah ko dia operation nie major operation. Alhamdulillah dia amat postiv nampaknya. Lepas heart attack yang serius baru baru nie nampak gaya dia dah faham dah takdok option. Kata mamatuk takut sangat dia kalu kena heart attack sekali lagi. Personally I am not sure whether she can survive another such attack. On that occasion tangan takleh angkat, mulut takleh kecek, pah tu nafas dah sesak sangat. ..nasib baik ada ubat bawah lidah (nitroglycerine) dan Ahmad hantar cepat2 ke hospital USM. Jadi pesanan saya ko semua bila kecek ngan ma mengenai operation di IJN mintak kecek yang positiv2. Because she understand fully well the gravity of the situation.

Sunday, March 6, 2011

Hari Kraf Malaysia Jln Conlay

Sambil mamatuk dok rumah Kak Mak sempat lah gie hari kraf Malaysia Jalan Conlay. Lorat lah ambo nyo sbb pagi tadi main golf. Macam2 ada..barang kayu, keris, temago, batik serba mak nenek manik. Macam2 ada..kayu golf yah takdok. Keli kelik tak beli go sekaro pon. Tapi dan lah tengok design batik terkini...

Saturday, March 5, 2011

Orang dari johor sesat di KLCC

Satu grup orang dari johor yang kebuluran sesat di KLCC..bedal mee nampak nya ..hok tok segar pun jadi segar. Sukalah mamatuk anak2 jauh jauh pun ada mari jenguk dio. Kalu selalu duk jelepeik dumoh nie dah boleh round2 KLCC. Kalu video nie ada bergetar sikit sebabnya Datin nak test handphone Samsung baru. Massalah bile tepon lebih canggih dari tuan (kata Hariri). Tapi ending clip video nie gempaq sikit..slurrrpp (susah nyo nak putus kan mee ..kata Datin)




Kuat sungguh makei nyo

Rumah kak mak..di mulai dengan cholek buah ngan keropok, pah tu soto..pah tu buah..di sudahi ngan apei...nak ambik gambar ni aku terpaksa dok luar rumah..sbb kalu tidak tak muat dlm gambar..ada yang extra lebaq. Bila dah ramai macam nie macam2 lah cerita tubeik yang nostalgia..(in a good way)..ada cerita pasal lembu, shampoo rambut dll..(kalu nak tau apa cerita tanyalah Asiah)

Friday, March 4, 2011

Tie Ayah Lie dalam Mingguan Wanita

Orang kuat kita di IJN yang banyak menolong...sama 2 ngan Ina sekali..big TQ.

Dah dapat appointment dengan klinik surgeon

Latest update:

Tie baru call tadi..dia dah dapat buat appointment dengan klinik surgeon. Sebabnya surgeon nak jumpa dulu sebelum procedure. Jadi appointment nya ialah

Date: 8 March 2011
Masa: 4.20pm
Tempat: IJN Zon2


Rambut - dandan dua


Kak Nor wat balik tudung baru nie..jadi pakat try lah belaka. Ma pun cerita lah pasal rambut dandan dua.

Thursday, March 3, 2011

Mamatuk kena ambil

Caller tadi: Hafiz

Datin Hasmah mari rumah lepas opih hari nie. Dia jemput mamatuk ke rumoh dia. Jadi untuk hari nie mamatuk di rumah Datin lah. Date dari IJN belum dapat lagi. Dah SMS Tie ayah Lie tanya bila boleh dapat date untuk operation.

Latest update: Tie baru call. Dia dah jumpa Surgeon tu dan royat auntie dia bawah surgeon tersebut (Roshila). Surgeon tu kata elok lah jumpa dia di klinik dia sebelum masuk ward. Dah masuk ward nanti sibuk pulok. Jadi Tie akan dapatkan appointment jumpa di klinik surgeon. Terima kasih banyak2 Tie.

Anak2 yang dok dekat tu mari2 lah jenguk

Today's caller tanya kabar -

1. Hasmah
2. Ubaid

Terutama nya kepada anak2 yang dok dekat2 sini (Hafiz and Hafizah) acap2 lah sikit jenguk ma disini..kalu tidok puah lah dia. It will be too monotonous for her. Kalu anak2 mari jengok suko lah dia. Sibuk agak nya.

Wednesday, March 2, 2011

Surah Al-Israk ayat 40-55

Sapo call tak die eh..

1. Kak Yoh
2. Kak Mah n Pok Cik Kie

Baru nie dlm TV (alerted by Aisyah) dan tak die pok cik Kie tentang ayat2 diatas. Ayat nie antara amalan yang digunakan untuk orang sakit jantung. Jadi kepada adik bradik sumer2 tu baca2 lah ayat tersebut dan doa2 lah moga mamatuk selamat ada nya.

Apa itu valve replacement procedure

Kos operation

misti lah kena tanya..toksei tanya pon kena jugak tanya dan kena royat...

Ambo: Dr..berapa kos valve replacement??

Dr Jai: mm..let me see..oh ada government GL..i.e parent of government servant (pakai GL Kak Mak)

Dr Jai: If that is the case then the cost is zero..no need to pay anything.

Ambo: Thank you

Sedara2 dan anak2 yang call so far semalam dan hari nie

Antara yang call semalam dan hari nie

Ustaz Mei..
Noorah..
Kak Yah Ayah wei (SMS)
Kak Ma Wakaf baru..
Mak Sullah ngan Aya Su pasir putih
Ubaid (every hour..he he)

Osman Larin di KL

On the way back from IJN semalam tanya lah mamatuk..kalu kita makan osman larin apa macam..jawab nya..sedap jugok...ini sudah posotiv.

Ambo pon sama2 ngan mamatuk gie lah ke kedai hassan di velodrom...bungkus standard ayam gulai dua..pahtu order tiga ketul ayam gulai suku...semua tapaw.

Balik sedap nya makan..mamatuk habis satu bungkus..share ngan ambo lah wei..kalu tiduk takbbangun lah dia..

Visit oleh Solah dan MakCik

Petang semalam dekat pukul 4pm Solah ngan Makchik dropby kat rumoh. Bertanya khabar dan menyampaikan berita sedih..pemergian Umi Nah (Ex Solah). Mula2 Solah bisik yah ko ambo tak nak mamatuk tau..tapi ambo kata ..royat lah tak apa. Jadi royat lah. Terkejut lah belaka..because so sudden.

Ingat2 ambo lah last time jumpa ngan Umi Nah masa kenduri Aiman. Sama 2 dengan Nah kita betul2 kna meja dan kerusi. Sakit nya...Jantungggg...Inna lillah wainna ilahi rajiuun. Semoga roh nya bersama para solehin kita doakan.

Diskusi dengan Dr Jaideep

Sebelum ambo lupa terima kaseh banyak ke Tie ngan Ina ayah Lie yang bersusah payah menolong dan mambantu masa di IJN. On all occasions bila jumpa Dr Jaideep dua2 nie masuk sekali dalam bilik. Big Tenkiu. Antara diskusi ngan Jaideep.

Jai: Apa kabar makcik (seyum)

Mamatuk: Kabar baik (juga senyum)

Jai: Ada sakit dada hari nie

Mamatuk: Tak ada

Jai: Boleh naik tangga, turun tangga, sapu2 keliling rumah

Mamatuk: Boleh tapi koho koho...boleh buat tapi beringat2 lah

Jai: Mari kita chek blood pressure makcik

Nurse pon pasang mesin BP..result..190/87..

Jai: Oooh..mak cik ..!!!..kenapa tinggi sangat nie (muka terkejut)

Ambo: Takut jumpa doktor kot?

Nak di pendek kan cerita..lepas tengok semua result tu Dr Jaideep pun cakap "your mother is not suitable for the TAVI procedure..reason being she has two problematic valve..the aortic which is faulty and the mitral which has already calcified and narrowed. As such I would like to recommend for heart surgery for valve replacement.

Jai: Makcik nak ke buat operation nie?

Mamatuk: Tak tau lah..rasa2 kalu boleh tak nak..

Ambo: (Dlm baso oghe putih) Is this the only option doc??.

Jai: Yes..this is the only option..i.e valve replacement..but she has to take blood thinning medication the whole of her life

Ambo pun explain lah ko mamatuk nya..baru lah dia setuju..

Lagi di pendekkan cerita maka sekarang nie tunggu date dari surgeon untuk operation. Dua tiga hari lagi tau lah bila. Tie ayah Lie akan chek ngan secreatary surgeon tu.




Visit ke IJN

Ambo tak larat dah angkat tepon..bukan toksei tapi banyak sangat query.. Jadi ambo buat lah website blog nie nak cerita pasa mamatuk dan latest progress.

Jadi setakat hari nie lah nampak nya kesihatan mamatuk nya beransur pulih. Tidur pun lena dan makan pun dah berselera. Tiap2 malam sebelum tidur ambo ON kan lembek letrik dan pasang air-con. Jadi tidur pun sedap..muka sejuk kena aircon tapi badan panas kena lembek letrik. Lain kali ambo cerita pasal lembek letrik pulok sbb ada hok tanya lembek apa nie??.

Mengenai visit ke IJN tu dah gie dua hari 28/2/11 dan 1/3/11. Jumpa dengan pakar nama Dr Jaideep. Jadi dah buat tiga jenis test x-ray, echo dan ecg. Juga dah bagi video angio di HUSM Kuban Kerian pada 13/2/11 baru2. Terima kasih hawari kerana lorat2 gie HUSM jumpa nurse mintak video.