Selamat Datang ke Blog Mamatuk

Blog nie ambo setup untuk semua adik beradik dan sedara mara yang nak tahu status kesihatan Ma kita. Tapi diselitkan juga cerita2 lain yang dekat dihati ambo. Jadi terima kasih kerana concern anda semua dan melawat blog ini. Kalu ada salah silap maaf deh.

Sunday, June 3, 2012

Siti Rahmah di Jabal Rahmah dan Cik Nor di Jabal Nor


2 Jun Sabtu 2012

Hari ni kami di bawa mengziarahi Jabal Rahmah, Jabal Nur, Jabal Thur, Pdg Arafah, Mina dan Muzdalifah. Kemudian kami ke Jakranah untuk mengambil miqat Umrah.

Di Jabal Rahmah kami turun sekejap ambil gambar. Banyak cerita mengenai Jabal Rahmah hinggakan di gelar Bukit Kasih Sayang yang bersangkut paut dengan pertemuan Adam dan Hawa setelah sekian lama mereka berpisah bila di turunkan dari syurga.  Dengar cerita nya runsing si isteri jika nampak si suami naik ke atas bukit itu dan berdoa lama2.  Tapi kebanyakkan nya mitos shja. Tidak ada apa-apa mustajab nya tempat ini. Mustajab tempat ini cuma pada Hari Arafah musim haji. Bagi ambo yg signifkan nya ialah di tempat ini ialah di kaki bukit Jabal Rahmah inilah Rasululah menyampaikan khutbah wadak beliau. Khutbah beliau yang terakhir yang penuh bererti.  Kami nampak raami orang iran yang naik keatas bukit ini.

Kami juga ke Jabal Nur dan Jabal Thur. Bila tengok kedua2 bukit itu memang lah tinggi dan appreciate pengorbanan Rasulullah, Khadijah, Abu Bakr dan anak beliau Siti Hasmah.

Lengoh kaki berjalan..balik nanti kena jumpa Al Jabar..Dr Jism

No comments:

Post a Comment