Selamat Datang ke Blog Mamatuk

Blog nie ambo setup untuk semua adik beradik dan sedara mara yang nak tahu status kesihatan Ma kita. Tapi diselitkan juga cerita2 lain yang dekat dihati ambo. Jadi terima kasih kerana concern anda semua dan melawat blog ini. Kalu ada salah silap maaf deh.

Sunday, August 14, 2011

Majlis berbuka di rumah Ambo

Alhamdulillah semalam Kak Nor dan ambo buat lah majlis berbuka untuk adik beradik hok dekat KL. Yang dapat hadhir ialah Asiah dan famili, KAk Mak dan Famili, Jah, Ma. Missing nya Apik..dia ada urusan agaknya. Antara menu yang Kak Nor sediakan ialah tiga jenis air (Limau kasturi freshly juiced, cendol santan kaw, teh O), Nasi kerabu ngan ikan celup tepong dan ayam goreng, Mamamtuk buat solok lada. Menu lain ialah kerutuk itik, keropok, kkuih muih dan buah buahan hasil sumbangan ramai2. Suka lah weih makan ramai. Hari nie pun tak habis lagi sekok perut.

No comments:

Post a Comment