Selamat Datang ke Blog Mamatuk

Blog nie ambo setup untuk semua adik beradik dan sedara mara yang nak tahu status kesihatan Ma kita. Tapi diselitkan juga cerita2 lain yang dekat dihati ambo. Jadi terima kasih kerana concern anda semua dan melawat blog ini. Kalu ada salah silap maaf deh.

Monday, May 30, 2011

Discharge from IJN

(pix: Ina hantar sampai ke kereta)
Selepas berada di IJN selama 7 hari dan berjaya melalui valve implantation menggunakan procedure TAVI mamatuk hari ini pukul 7ptg telah discharge. Terima kasih kepada semua terutama anak ayah LI dua beradik (Ti dan Ina), Doktor2 terutama Dato' DR Rosli, staff IJn dan sedara mara yang menziarah dan berdoa. Tak lupa kepada yg membekalkan GL tu ( datin dan asiah).
Pesanan doktor ialah mamatuk boleh buat semua benda padan dgn umur. Mereka puas hati dgn result procedure itu.
Kepada adik beradik pesanan ambo tunjukkan lah kasih sayang anda dan penghargaan kepada mamatuk kerana pengorbanan beliau membesarkan dua belas (sedozen) anak2 menjadi orang. Ambo jaga dua orang anak pun rasa senak perut.

No comments:

Post a Comment