Selamat Datang ke Blog Mamatuk

Blog nie ambo setup untuk semua adik beradik dan sedara mara yang nak tahu status kesihatan Ma kita. Tapi diselitkan juga cerita2 lain yang dekat dihati ambo. Jadi terima kasih kerana concern anda semua dan melawat blog ini. Kalu ada salah silap maaf deh.

Tuesday, October 11, 2011

Bertarbiah - Lambaian Kaabah di Kelana Jaya


Di Kelana Jaya menghantar Kak Mak/ Abg Wan dan Iroh / Seng. Sempat lah berborak dengan Iroh dan Seng kerana mereka tiba awal di Kelana Jaya. Happy semua nya. Bila tiba masa untuk mendaftar masuk (around 9.30pm) jemaah maka dipasanglah tape tarbiah. Bila dengar tarbiah ini hati ambo rasa amat2 sayu. Seolah memanggil-manggil untuk menjadi tetamu Allah. Lebih2 lagi kerana tahun ini kami dipilih disaat akhir untuk menjadi jemaah. Tapi kerana keadaan tidak mengizinkan terpaksa kami tolak..meberi peluang untuk mereka yang lebih layak. Kata Ustaz Lah (Abg kepada Abg Wan) kuota Tabung Haji dah ada tapi Kuota disana belum tiba.

Insyallah tahun depan 2012 insyallah tibalah giliran kami untuk bertarbiah di tanah suci. Kepada adik beradik yang dah mampu jom kita pergi sama2 2012 ..Doakan

No comments:

Post a Comment