Selamat Datang ke Blog Mamatuk

Blog nie ambo setup untuk semua adik beradik dan sedara mara yang nak tahu status kesihatan Ma kita. Tapi diselitkan juga cerita2 lain yang dekat dihati ambo. Jadi terima kasih kerana concern anda semua dan melawat blog ini. Kalu ada salah silap maaf deh.

Tuesday, October 25, 2011


NEW!!!!
Promosi tudung baru yang amat berkualiti di pasaran RM48..harga runcit kami cuma RM45..harga borong untuk satu kodi (20 pcs) CUMA RM30.. telefon segera untuk penghantran..CEPAT!!!

Posted by: Kak Nor

Tuesday, October 11, 2011

Last minute preparation - Lambaian Kaabah di Kelana Jaya

Tiba lah masa untuk mendaftar masuk bagi jemaah KT34..around 9.30pm. Jadi semua buat last minute check..dokumen2, ubat ubatan, sticker di beg, lencana, sticker penginapan disana. Tapi yang paling penting ialah gelang besi tangan Tabung Haji. Dengan gelang nie tak payah bawa IC dan tak payah bawa buku akaun. Tunjuk gelang dapat draw pitih di sana. Yang lelaki bila pakai gelang besi ni nampak macho..gedebei...macam Along. Jadi diatas tu ambo tolong Kak Mak pakai gelang supaya kemas..kalu jatuh susah pulak di sana. Semoga aman.

Bertarbiah - Lambaian Kaabah di Kelana Jaya


Di Kelana Jaya menghantar Kak Mak/ Abg Wan dan Iroh / Seng. Sempat lah berborak dengan Iroh dan Seng kerana mereka tiba awal di Kelana Jaya. Happy semua nya. Bila tiba masa untuk mendaftar masuk (around 9.30pm) jemaah maka dipasanglah tape tarbiah. Bila dengar tarbiah ini hati ambo rasa amat2 sayu. Seolah memanggil-manggil untuk menjadi tetamu Allah. Lebih2 lagi kerana tahun ini kami dipilih disaat akhir untuk menjadi jemaah. Tapi kerana keadaan tidak mengizinkan terpaksa kami tolak..meberi peluang untuk mereka yang lebih layak. Kata Ustaz Lah (Abg kepada Abg Wan) kuota Tabung Haji dah ada tapi Kuota disana belum tiba.

Insyallah tahun depan 2012 insyallah tibalah giliran kami untuk bertarbiah di tanah suci. Kepada adik beradik yang dah mampu jom kita pergi sama2 2012 ..Doakan

Sunday, October 9, 2011

Iroh dan Seng - Lambaian Kaabah di Kelana Jaya

Ambo ngan Kak Nor di Kelana Jaya. Sudah sembahyang maghrib tadi sedang molek bas Iroh dan Seng sampai dari KLIA. Sbb agak awal jadi kami sempat lah buka tikar bercerita dulu. Alhamdulilah semua nampak ceria dan seronok nak pergi Haji.

Doa selamat di rumah Kak Mak.

Hari semalam Kak Mak dan Abg Wan ada buat majlis doa selamat sempena nak menunaikan haji. Ramai lah yang hadhir jiran2 , rakan taulan dan sahabat handai. Dari tengah hari sampai kemalam kendurinya. Kak Nor order catering dari canteen sekolah for 60 pax. PAs tu Kak Mak buat special iaitu soto ngan bergedil mini. Belah malam nya buat sembahyang hajat di imamkan oleh Ustaz Lah. Menu tambahan Nasi Kerabu di sediakan oleh Asiah. Jah pun ada. Mari kita doakan moga Kak Mak/ Abg Wan dan Cik Rah/Aseng selamat mengerjakan ibadat haji dgn sempurna dan selamat pergi dan balik.

WFP - Bertolak dan Bertarik

Alkesah nya..hari nie ambo ngan Ali on the way nak pergi rumah rakan golf (ex-NSTP) Wahab di Denai Alam sbb dia akan menunaikan Haji. Nak keluar rumah start kereta WFP tu dah tak sedap hati bila dia lambat start walaupun suis dan ON. Walau bagaimanapun hidup lah jugak enjin nya. Tapi bila jalan sejauh par 4 (400 meter) dari rumah tiba2 enjin mati ngan tiba2. Sempat lah juga ketepi setelah di TOLAK oleh Ali...nasib baik bawa Ali. Panggil pomen pun tak boleh hidup. Terpaksa panggil tow-truck..nasib baik tow truck free sbb insuran bayor. Sampai di kedai pomen sbb hari ni hari ahad jadi kedai pun dah nak tutup. Bermalam lah WFP di kedai. Tak sempat lah gi rumah si Wahab tu..alkesah nya