Selamat Datang ke Blog Mamatuk

Blog nie ambo setup untuk semua adik beradik dan sedara mara yang nak tahu status kesihatan Ma kita. Tapi diselitkan juga cerita2 lain yang dekat dihati ambo. Jadi terima kasih kerana concern anda semua dan melawat blog ini. Kalu ada salah silap maaf deh.

Tuesday, May 24, 2011

Rezeki dan Takdir - nak jumpa ustaz tapi end up di IJN

Hari nie memang kebetulan..tak tau lah takdir ke apa. Ma tiba ngan flight from KB tadi. Ambo gi lah pickup dia ngan Ahmad and famili pukul 5pm. On the way balik tu dapat call dari IjN tanya kenapa mamatuk tak mari appointment hari nie sbb pakar mat salleh dah ada. Ambo kata dlm surat appointment pada bulan august. Tapi ambo kata sedang moleklah sbb mamatuk ada ngan ambo nie. Jadi ambo pun terus bawa mamatuk gi IJn. Sbb admission counter dah tutup kena gie ikut emergency. Buat lah checkup dan interview ngan pakar bius. Tunggu dari pukul 7.30pm sampai 9.30pm baru ada katil kosong. Katil 28, wad cempaka, blok B, tingkat 4. Mintak Datin prepare GL baru. Sempat kecek ngan Datok Dr Rosli..katanya risiko 1 hingga 4 percent...kalu computer tu kira unacceptabily high..tapi tak dak choice.. Esok buat pukul 11am patient nombor 2. Lepas tu dlm ICU dua hari..kena warded di IJN selama lima hari..tu lah..tak di sangka2..lain di rancang lain jadi nya...doakanlah selamat.

No comments:

Post a Comment