Selamat Datang ke Blog Mamatuk

Blog nie ambo setup untuk semua adik beradik dan sedara mara yang nak tahu status kesihatan Ma kita. Tapi diselitkan juga cerita2 lain yang dekat dihati ambo. Jadi terima kasih kerana concern anda semua dan melawat blog ini. Kalu ada salah silap maaf deh.

Tuesday, December 13, 2011

Hafizah - 12.00malam 1/12/11 The Big Meeting

Setelah semua persiapan awal selesai maka sampai hari D Day untuk wedding Hafizah. Pada hari Khamis Malam Jumaat (2/12/11) lebih kurang pukul 12 malam di adakan meeting terakhir untuk planning esok hari. Walaupun ada adik beradik yang tak hadhir kerana hal masing2 tapi meeting ini berjalan lancar. Antara yang di bincang kan

1. Makan pagi untuk tetamu dari Tampin yang mula tiba esok
2. Parking untuk kereta rombongan pengantin
3. Jemputan juru nikah
4. Makanan untuk majlis pernikahan
5. Yang penting..Dana untuk event ini
6. Dll

Meetinng di pengerusikan oleh Ambo dan di bantu oleh Amru (yg duduk atah meja). Aiman jadi secretary merangkap bendahari.

Tuesday, October 25, 2011


NEW!!!!
Promosi tudung baru yang amat berkualiti di pasaran RM48..harga runcit kami cuma RM45..harga borong untuk satu kodi (20 pcs) CUMA RM30.. telefon segera untuk penghantran..CEPAT!!!

Posted by: Kak Nor

Tuesday, October 11, 2011

Last minute preparation - Lambaian Kaabah di Kelana Jaya

Tiba lah masa untuk mendaftar masuk bagi jemaah KT34..around 9.30pm. Jadi semua buat last minute check..dokumen2, ubat ubatan, sticker di beg, lencana, sticker penginapan disana. Tapi yang paling penting ialah gelang besi tangan Tabung Haji. Dengan gelang nie tak payah bawa IC dan tak payah bawa buku akaun. Tunjuk gelang dapat draw pitih di sana. Yang lelaki bila pakai gelang besi ni nampak macho..gedebei...macam Along. Jadi diatas tu ambo tolong Kak Mak pakai gelang supaya kemas..kalu jatuh susah pulak di sana. Semoga aman.

Bertarbiah - Lambaian Kaabah di Kelana Jaya


Di Kelana Jaya menghantar Kak Mak/ Abg Wan dan Iroh / Seng. Sempat lah berborak dengan Iroh dan Seng kerana mereka tiba awal di Kelana Jaya. Happy semua nya. Bila tiba masa untuk mendaftar masuk (around 9.30pm) jemaah maka dipasanglah tape tarbiah. Bila dengar tarbiah ini hati ambo rasa amat2 sayu. Seolah memanggil-manggil untuk menjadi tetamu Allah. Lebih2 lagi kerana tahun ini kami dipilih disaat akhir untuk menjadi jemaah. Tapi kerana keadaan tidak mengizinkan terpaksa kami tolak..meberi peluang untuk mereka yang lebih layak. Kata Ustaz Lah (Abg kepada Abg Wan) kuota Tabung Haji dah ada tapi Kuota disana belum tiba.

Insyallah tahun depan 2012 insyallah tibalah giliran kami untuk bertarbiah di tanah suci. Kepada adik beradik yang dah mampu jom kita pergi sama2 2012 ..Doakan

Sunday, October 9, 2011

Iroh dan Seng - Lambaian Kaabah di Kelana Jaya

Ambo ngan Kak Nor di Kelana Jaya. Sudah sembahyang maghrib tadi sedang molek bas Iroh dan Seng sampai dari KLIA. Sbb agak awal jadi kami sempat lah buka tikar bercerita dulu. Alhamdulilah semua nampak ceria dan seronok nak pergi Haji.

Doa selamat di rumah Kak Mak.

Hari semalam Kak Mak dan Abg Wan ada buat majlis doa selamat sempena nak menunaikan haji. Ramai lah yang hadhir jiran2 , rakan taulan dan sahabat handai. Dari tengah hari sampai kemalam kendurinya. Kak Nor order catering dari canteen sekolah for 60 pax. PAs tu Kak Mak buat special iaitu soto ngan bergedil mini. Belah malam nya buat sembahyang hajat di imamkan oleh Ustaz Lah. Menu tambahan Nasi Kerabu di sediakan oleh Asiah. Jah pun ada. Mari kita doakan moga Kak Mak/ Abg Wan dan Cik Rah/Aseng selamat mengerjakan ibadat haji dgn sempurna dan selamat pergi dan balik.

WFP - Bertolak dan Bertarik

Alkesah nya..hari nie ambo ngan Ali on the way nak pergi rumah rakan golf (ex-NSTP) Wahab di Denai Alam sbb dia akan menunaikan Haji. Nak keluar rumah start kereta WFP tu dah tak sedap hati bila dia lambat start walaupun suis dan ON. Walau bagaimanapun hidup lah jugak enjin nya. Tapi bila jalan sejauh par 4 (400 meter) dari rumah tiba2 enjin mati ngan tiba2. Sempat lah juga ketepi setelah di TOLAK oleh Ali...nasib baik bawa Ali. Panggil pomen pun tak boleh hidup. Terpaksa panggil tow-truck..nasib baik tow truck free sbb insuran bayor. Sampai di kedai pomen sbb hari ni hari ahad jadi kedai pun dah nak tutup. Bermalam lah WFP di kedai. Tak sempat lah gi rumah si Wahab tu..alkesah nya

Thursday, September 29, 2011

Operation Carpel Tunnel Hospital Putrajaya - bukan time tunnel

Kak Nor baru lepas operate tangan. Pakai bius local saja lah kerana minor surgery. Kata empunya diri sakit oii sbb masa cucuk tu doktor pusing pusing jarum tu..cari urat bokali..bunyi meraung sampai ke koridor (ambo tambah tu). Kak Nor kata mujur tak terjun katil. Sbb operate di daycare jadi boleh balik hari. MC dapat dua minggu. Harap nya lepas nie tangan tak serban lagi (insyallah) sbb lama dah simpan penyakit nie..sayang nak buang kot.

Monday, September 19, 2011

Sindrom ‘Empty Nest’ sedih berjauhan daripada anak meningkat - Berita Harian 19/9/11




Dr Anjili Doshi dari LPPKN mengulas mengenai sindrom Empty Nest:

“Sindrom ini terjadi apabila anak-anak berhijrah ke tempat yang lebih membangun sama ada untuk mencari pekerjaan selari dengan kepesatan ekonomi, melanjutkan pelajaran ataupun sudah berkahwin.

“Justeru, ibu bapa rasa kekosongan, rasa seperti tidak diperlukan sehingga mendorong mereka mengalami kesan sampingan seperti kemurungan dengan kajian menunjukkan 41.2 peratus daripada mereka mengalami gangguan kepada kesihatan fizikal dan mental,” katanya kepada Berita Harian.

Pada masa sama, beliau menasihatkan anak-anak supaya tidak lepas tangan mengenai sindrom itu dengan turut memainkan peranan meluangkan masa untuk ibu bapa supaya mereka rasa lebih dihargai.

“Anak-anak seharusnya mengambil peluang dan masa selagi ibu bapa mereka masih hidup dengan menjaga ataupun pulang ke kampung untuk meluangkan masa bersama mereka,” katanya. For detail reading click here for Berita Harian article or here for Wikipedia.

Sunday, September 18, 2011

Bertemu Pokok Temu

Cuti 1 Malaysia nie dapatlah ambo balik KB kejap jengok orang tua dan orang sakit.

Kat rumah di Salor tu ada dua on-going projek oleh dua tukang. Tukang Kayu Abg Aziz Kak Moh tengah tukar dinding hok reput kena kerit ko kok kiok. Manakala tukang simen Zul (member Ahmad) tengah buat projek tukar tandas dan mozek untuk dua tandas..tandas Mamatuk dan tandas luar. Lepas nie lawas molek lah Mamatuk masuk tandas. Ambo suggest lampu tandas Mamatuk tu pun kena tukar ngan lampu fluorescent bagi cerah sikit. Sbb nya tandas tu memang sokmo2 gelap sejak azali.

(Pix) Belah petang nya Mok Cik Limah mari rumah nak cari pokok temu untuk Siti Sarah yang baru dapat anak. Molek sangatlah isi temu nie untuk orang baru bersalin..katanya. Kata mamatuk pokok dragon fruit di foregorund gambar tu baru2 nie ada berbuah tiga butir..tak dok rezeki sbb dia luruh sebelum masak.

Lupa nak royat tengah hari tu demo Pasir Pekan mari berkelah laksa. Ahmad dan Ayie sekeluarga juga hadhir. Meriah sekali sampai ke malam. Tapi Munaim tak dapat hadhir kerana di spital.


Friday, September 16, 2011

Md. Afiq bin Munaim - Anak Sedara Ambo

Ambo balik KB hari nie sbb baru nie balik raya tak sempat nak gie spital. Jumpa Naim dan Ain di spital. Manakala Afiq masih ada masaalah dgn pernafasan nya. Nampak dua tiga wayar..tak tau wayar mana gie ke mana. Nak berair mata ambo tengok anak Naim..sbb teringat anak ambo dulu Amir. Selain dari doa mari lah sama2 kita beri semangat kepada Naim dan Ain supaya melalui dugaan ini dengan hati yg tabah dan sabar. Kata orang2 dah tua..berat mata memandang lagi berat bahu memikul. Di samping itu financial contribution daripada yg mampu dialu alukan...either direct or thru fund setup by Aisyah Pasir Pekan..(that is as and when required). Kalu bukan dari adik beradik dari sapo lagi??. Kalu nak tahu latest on Afiq pls visit here. Blog setup by Naim.

Thursday, September 15, 2011

Celebrating Birthday Cik Dah yg ke 27.

At Pizza hut Jaya Jusco AU2 Keramat celebrating with Ahmad and family. Wish Cik Dah many many more happy days in future.

Saturday, September 10, 2011

Raya 2011 - Couples - Ambo dan Nor

Tak ingat bak po kami suka gitu mo lalu. Ado lah yang duk nga goh tu. What a nice and eventful Raya for 2011. Thats all couple pix in ambo's collection.

Raya 2011 - Couples - Seng dan Iroh

Seng dan Iroh - Renungan Manja

Juga tidak lepas peluang untuk bergambar menggunakan background Jah nie. Sama2 jangok.

Raya 2011 - Couples - Ahmad dan Dah

Steady as ever - (tarik napah nampak nya Abg Mad). Tengok baju pun dah tahu what game he is into. After hectic event for Jah.

Raya 2011 - Couples - Ishey dan Imey

Isyey (Hisham) dan Imey (Aiman)..Segak dan Cun sekali copule nie.

Tak lepas peluang nak bergambar. Tengok baju melayu Ishey tu dah tahu orang mana dia.

Friday, September 9, 2011

Favourite Pix - Raya 2011 - Cinta ke Akhir Hayat

This story was told by Mamatuk to me. So here at the very location I am retelling it back to all.

Ramai yang tak tau cerita di sebalik dua kubur ini. Biasa nya setiap hari raya masa kecil2 dulu kita semua akan di bawa ke kubur Tok ayah Haji Salleh ini. Tapi tak banyak di ketahui mengenai kubur di sebelah itu di dalam belindang yang sama.

Inilah kisah nya. Kubur di sebelah Tok ayah ialah kubur seorang wanita yang bernama Tok Mek..yaitu nenek kepada Mamatuk (our tok nyei lah tu). Haji Salleh dan Tok Mek ada lah sepupu. Sejak kecil lagi mereka amatlah rapat. Setelah dewasa Haji Salleh menjadi guru agama yang di segani manakala Tok Mek sekarang ialah seorang wanita yang jelita. Disebabkan kerapatan persahabatan antara kedua nya timbul lah rasa kasih sayang.

Satu hari Tok Mek meluahkan perasan untuk berkahwin dengan Haji Salleh. Malang nya Haji Salleh oleh kerapatan persahabatan dan persaudaraan menolak undangan itu dengan sedih hati kerana menganggap Tok Mek seperti adik beradik beliau. Sedih lah Tok Mek. Tidak lama kemudian Tok Mek yang tersohor kejelitaan nya itu berkahwin dengan seorang yang hebat (guru silat) bernama Tok Yaakob (Tok nyei kita lah tu???). Mereka berumah tangga di kampung seberang Sakar. Walupun begitu ..sayang Tok Mek kepada Haji Salleh tetap segar..hingga ke akhir hayat nya.

Di akhir hayat nya Tok Mek berpesan agar jasad nya di semadikan di seberang (Kg Salor) bersebelahan Haji Salleh sepupu dan sahabat nya yang tersayang. Jasad nya di bawa menyeberangi sungai Kelantan dengan perahu bedar (perahu besar) dalam rombongan perahu yang besar. Akhirnya dapatlah Tok Mek bersama dengan orang yang amat disayangi nya....Ini lah yang di namakan cinta ke akhir hayat.

Thursday, September 8, 2011

Favourite Pix - Raya 2011 - All together now



Group photo taken right after Jah's event. This has always been our raya ritual. Unfortunately there will always some of members went missing during the snap. So this time round I took the liberty to paste in some members who went AWOL. See if you can recognise them.
Anyway it is always nice to get together as one big family. As we grow older we will will look back and cannot help to feel lucky to be part of this one big happy family.

Wednesday, September 7, 2011

Favourite Pix - Raya 2011 - Naruto vs Sasuke

Zarith & Faiz - Being Kids

First time tengok gambar nie immediately come to my mind of the great fight Naruto vs Sasuke. Zarith (@baby@eric) who used to be so timid is now turning to be one of very confident kid. While Faiz is also not too far behind. However beware ..as both of them are good with their karate chop.


(Pix by Nabilah, editing by ambo)

Favourite Pix - Raya 2011 - Jah..stunningly beautiful

I thought this is stunningly beautiful picture..the subject is gorgeous, the backbround matched well with the dress, the lighting is perfect.

(pix by Nabilah, editing ambo)

Favourite Pix - Raya 2011 - Happy and Relief

Picture of happiness and relief for both Mamatuk and Jah. The event went very well from start to finish. Combination of good planning and hard work by all.

(Pix by Nabilah, editing by ambo)

Favourite Pix - Raya 2011 - Jah..moment of reflection



A moment of reflection for Jah during the merisik event on the 4th day of Raya. I thought she look absolutely gorgeous. With the dress and the background well selected it really comes out very well....congratulation Jah. (pix by Nabilah)

Favourite Pix - Raya 2011 - Una and Ipah being kids

Great kids and great being kids with no care to the world whatsoever. What do you think Ipah trying to do??

(pix by Nabilah, editing by ambo)

Favourite Pix - Raya 2011 - Empat Beradik



Suka nya empat beradik beraya. Baju raya sedondong except Talha. Maklumlah tiga di Johor dan Talha di Pasir Pekan. Yang kecil Alias tu dah tak kecek Kelantan dah..sudah di Johorkan oleh Cik Roh ngan Seng.

Favourite Pix - Raya 2011 - Semua Ketawa.


Bakpo semua suko belako nih...suko happy..ko suko lega..any way its hari raya..enjoying the moment after completion of Hafizah merisik...so someone pls do tell what is the story behind the laughters.

Friday, August 26, 2011

Perutusan Hari Raya 2011

Sempena hari raya ini selain dari ucapan bermaafan I would like to share with you this quote and video of great person Steve Job, CEO of Apple. Do your self a favour by viewing the video in its entirety....

"Your time is limited, so don't waste it living someone else's life. Don't be trapped by dogma, which is living with the results of other people's thinking. Don't let the noise of others' opinions drown out your own inner voice, heart and intuition. They somehow already know what you truly want to become. Everything else is secondary." - Steve Job CEO of Apple at Stanford Graduation 1995


Sunday, August 21, 2011

From my album - Di Jambatan Pasir Mas bersama Ayah - 1990 (??)

Kalau ambo balik KB suko lah ayah..sbb ada saing. Ayah ajak nak gie tengok jambatan Pasir Mas yang sedang di bina. Seperti biasa ada lah pengikut pengikut nya. Apik macam sekala lah nampak tension. Ayie pulok dengan bersarong tinggi sebelah. Sebelah Ayie tu Ahmad ko...suddenly he becomes so tall..must be that hormonal thing.

From my album - School holiday in Nov 88



We just got married - stay in Taman Gombak near Greenwood Park. Our first house rented for RM260. School holiday and all the adiks came bye for a visit. So innocent then. I went to work and Kak Nor take care of you all..to Batu Caves and Muzium. Still remember the ghost that throw stones from behind the house while you guys playing pacman ?!!. Tengok gambar di Muzium tu..letih Jah dan kaki melecet sbb ambo lambat ambil. When looking at these pix it really shows the very character trait of each of you.

A lot of thing changed since then..you finished school, got jobs, got married and having kids and etc...but you all are still my adiks.

Mamatuk back to Salor after 3 months


Mamatuk flight back to KB today is sponsored by Jah. This is the first time since May 2011 that Mamatuk back to KB. As all of you can recall this all started with the call from Dato' Dr Rosli of IJN during mamatuk last visit in May with Ahmad and family. It ended with valve implant at IJN via TAVI the very next day. During my last discussion with Dr Ayman of IJN few days back the good doctor mentioned that due to the hefty cost of TAVI which is over RM100K most patient cannot afford this procedure and have to endure the open heart operation. In Mamamtuk's case alhamdulliah Dato' Dr Rosli thru IJN foundation managed to allocate necessary fund for this endeavor. Kata orang tua2 itu lah di namakan Rezeki...cuma Allah menentukan. At the end of the day it is nice to see Mamatuk is the picture of health again. With the support of all adik beradik, ipar duai, sepupu dan sedara in every way ambo just feel so syukur to Allah ( alrahman alrahim ) that we managed to pull this through.

Aktiviti Ramadhan

Kak Nor tengah design baju untuk tempahan terkini. Harap nya sempat lah sebelum raya. This is end to end product..dari kain putih, design, chanting, proses mati kaler, design baju seterus nya jahit dan packaging.

Manakala Mamatuk sedang meghabiskan bacaan Quran buat kali ketiga. Lorat lah sikit Mamatuk sbb tengah hari nie flight back to KB dgn Jah after three months away from house in Salor for the TAVI procedure.

Sedondong!!

Model mana yang mempeargakan jubah terkini??. Kalu mari rumah ambo misti lah kena bawa pitih sikit sbb nya Kak Nor ada mcm2 dalam boot kereta dia. Haa..yang nie ada jubah on sale at a very good price. Terpaksa menggunakan model dalaman sbb tak cukup bajet.

p/s: At one glance ambo tengok muka Datin macam muka Ayah!!..kalu pakai kupiah sah mcm ayah.

Pengasah gunting

Antara kepakaran Mamatuk yang kita tak tau ialah kebolehan mengasah gunting. Hanya dengan meggunakan alu lesung guting boleh jadi tajam. Mungkin ada lagi kepakaran yang dia tak royat.

Thursday, August 18, 2011

Bubur lambuk masjid al ansar

Mamatuk kata dia ada rasa nak makan bubur lambuk KL. Ambo gi lah beratur di masjid al-ansar keramat. Satu cedok besar boleh makan tiga orang tak habis. Puas hati.

Wednesday, August 17, 2011

Mamatuk dan ubat

Pagi tadi gi IJN jumpa doktor. Dapat supply ubat untuk tiga bulan. It is over a thousand RM worth of pills. Boleh satu jjabir ubat. Dua jenis ubat cair darah (Plavix dan Cardiprin), Tiga jenis ubat darah tinggi (Micardis, Norvarsc dan Metropolol), Satu jenis ubat Cholesterol (Lipitor), Satu jenis Ubat Gastric dan Vitamin. Next visit to pickup medicine at IJN is scheduled on 14/11/11. Shukur Alhamdulillah moga segar sokmo dan Thank you IJN.

Kenal tak artis mana ni?

Hari ni post checkup di IJN after the TAVI procedure bulan May 11 dahulu. Alhamdulilah dah tak da symptoms seperti dahulu. Checkup hari nie pukul 11.40 am. Kami datang satu jam awal untuk register. Right now ada 60 nombor di depan. Our number is 1460. sabar menunggu.

P/S: Pakai spek hitam GUCCI bukan apa cuma sekarang nie mata Mamatuk mudah becar (silau). Next thing to checkup is the eye. Last check by Aiman shows an early symptoms of cataract (selaput).

Latest: Jumpa doktor pakar dari Palestine hari ni. Kata nya semua OK cuma pressure tinngi sikit. Dia tambah satu ubat lagi. Next appointment will be in Feb 2012. Date will be confirmed later thru letter or phone call.

Monday, August 15, 2011

Mohd Afiq bin Abd. Munaim

Mohd Afiq di hospital sejak lahir. Alhamdulillah hari ini dah discharge. Kita semua doakan semoga anak ini sihat, di berkati Allah dan menggembirakan ibu bapa beliau.

Sunday, August 14, 2011

Majlis berbuka di rumah Ambo

Alhamdulillah semalam Kak Nor dan ambo buat lah majlis berbuka untuk adik beradik hok dekat KL. Yang dapat hadhir ialah Asiah dan famili, KAk Mak dan Famili, Jah, Ma. Missing nya Apik..dia ada urusan agaknya. Antara menu yang Kak Nor sediakan ialah tiga jenis air (Limau kasturi freshly juiced, cendol santan kaw, teh O), Nasi kerabu ngan ikan celup tepong dan ayam goreng, Mamamtuk buat solok lada. Menu lain ialah kerutuk itik, keropok, kkuih muih dan buah buahan hasil sumbangan ramai2. Suka lah weih makan ramai. Hari nie pun tak habis lagi sekok perut.

Jah dan ikan celup tepung

Chef yang di import khas dari Pandan Indah yang kepakaran nya antara lain goreng ikan celup tepung. Kira nya bertaut molek dengan nasi kerabu untuk majlis berbuka yang ambo buat. Mujurlah mari pakat tolong. Tak tau bak po bila Jah start menggoreng yah mula lah hujan. Is it something to do with budu??. Rasa nya 11/11/11 nanti kena siapkan khemah besar sikit...sbb rasa rasa nya lebat hujan.

Goreng ayam tengah hujan

Ambo ajak adik beradik sekitar KL makan berbuka di rumah semalam. Sibuk nya Kak Nor dari pagi lagi nak prepare juadah. Antara tugas ambo ialah goreng ayam. Sbb dapor dh penuh dengan aktiviti jadi ambo guna dapur gas proses batik buat goreng ayam di luar rumah. Start mula2 tu kira okay tapi lepas siap satu round mula start hujan. Mula sikit pas tu makin lebat. Nasib baik ada mamatuk tolong payung kan. Sbb lorat sangat di hambat hujan ada la ayam hok besar besar tu yang tak berapa garing.

Morning Read in the month of Ramadhan

Di bulan Ramadhan yang mulia ini antara amalan amalan yang sangat di galakkan ialah membaca Al Quran. Seperti biasa Mamatuk akan khatam beberapa kali dalam bulan ini. Setakat ini Mamamtuk on the way to the third time. While me and Kak Nor dua orang gatang satu Quran baru sampai juzuk 9 after 14 days. Anda bagai mana??

Tuesday, August 2, 2011

Peace!! chirpy Ipah

Ipah and daddy. Kata Ipah tudung dua lapi hok Umi dia beli atah Pantai Timor. Ni masa ambil ambo di stesen bah kota bharu.

Tuesday, June 28, 2011

Ma dan tok2 bomo

I enclose gambar ma dgn tok bomo...
Tok bomo kena beratur nak treat patient soghe ni. Sekalo patient beratur jupo tok bomo.
Morning session: Tok Bomo jawo.. pesen pecet ibu jari kaki & tapok kaki
Afternoon session: Bini tok bomo Jawo pulok ambik turn. Hok ni sambung urut kat betih & tapok kaki
Sebelah maley session 1: Tok Bomo Gele Patoh. Berobak oghe patoh x leh, tapi kalu gele patoh, dia buleh bikin. Hok ni mari gotel atah punggung
Last session maley: Tok bomo besar import mari dari kelate. Pesen gelek limau nipih atah punggung.
Finally, result napok ado improvement ari ni. Ma buleh doh bbalik kalu tido. Jjale pun deghah doh sikik

-Aimey-

Sunday, June 26, 2011

Golf, hole and the Bin

Main golf hari ni di UKM bangi. Ada member Ambo yang main sama2 hari nie..pukul bola golf cuba nak masuk green..pah tu cari2 lah bola ...rupo2 nya masuk tong sampah..biso2

ma kat Pasir Gudang

Assalamualaikum,

Ni lah aktiviti ma di Pasir Gudang. Saya gi ambik ma dr rumah Mr Noorah hari Jemahat malam. Sapa di pasir Gudang pukul 1 pagi.
Pagi2 lagi kitorang pegi try highway baru E22 dari Tanjung Langsat (PGudang) menuju ke Desaru. Highway ni boleh cut short journey untuk ke Desaru dari 2 jam jadik 25 minit. Jalan ni jugok buleh guna kalu nk kelik mealui Mersing.

-Ma bersiar2 di Tanjung Balau, Desaru.
-Engineer duk buat inspection projek pagar & dapur hok tok siap2.

Dgr cerita Mr Ubaid ada nak mari jenguk ma di Johor kemarin (Sabtu). Tunggu sapa maley, takdok kobar berita. So we are still right here waiting...

Regards,
Aimang

Sunday, June 19, 2011

Welcome to the family

Latest: Nama nya ialah Nur Afrina Hanis...rasa nya panggil Hanis..tapi kena tanya parent dia dulu lah apa nama stage name nya.

Gambar anak Ayi dan Nik Nor yang baru di lahirkan semalam. Doakan semoga di berkati Allah dari mula hayat hingga ke akhir. Kami semua tumpang kegembiraan Ibu dan Ayah. Congrats. Other details will be provided later