Selamat Datang ke Blog Mamatuk

Blog nie ambo setup untuk semua adik beradik dan sedara mara yang nak tahu status kesihatan Ma kita. Tapi diselitkan juga cerita2 lain yang dekat dihati ambo. Jadi terima kasih kerana concern anda semua dan melawat blog ini. Kalu ada salah silap maaf deh.

Friday, December 28, 2012

Sana sini December - 20 Dec - Pengerang dan Tg Pengelih

Di jeti Tg Pengelih
 Kami ke Pengerang untuk melihat rumah yang baru di beli Hisham dan Aiman.  Pengerang berhampiran Tg Pengelih yang merupakan antara tanah besar asia yang paling hujung.  Dari Tg Pengelih ada feri ke Changi Singapura.  Tempat ini agak sunyi kerana agak jauh dari bandar2 besar.
Rumah yg di beli Hisham dan Aiman di Pengerang

Lunch dekat Desaru
Untuk ke Pengerang kami melalui satu jambatan baru yg cantik







Ini ialah rumah Hisham dan Aiman yang dalam pembinaan di Pengerang.  Kawasan Pengerang akan menjadi tempat memproses minyak Petronas paling besar...lebih besar dari Kerteh.  Jadi investment ini satu investment yang bijak.









Makan tengah hari berhampiran Desaru.  Dengan siap nya highway dari Senai ke Desaru maka jarak ke Pasir Gudang lebih kurang cuma 30 minit sahaja.  Thank you Hisham dan Aiman for having us.

Jambatan A-frame yang cantik di highway Senai ke Desaru merentasi sungai Johor.

Sana sini December - 19 Dec - Rumah Aiman Pasir Gudang

Impressive sungguh dapur baru
 Sempena Aiman nak bersalin akhir bulan December ini Seng dan Iroh.  Ma dan Ambo dan Kak Nor buat lawatan ke rumah Hisham dan Aiman di Pasir Gudang.  Kedua2 tuan rumah sihat walafiat.  Rumah yang di renovate dah hampir siap cuma tinggal minor touch up di dalam dan landscaping sikit di luar.  Dari result yang dah siap memang cantik rumah ni lepas renovate.  Kemas dan simple tapi nampak moden.
Dewan makan pun cun







Macam biasa makan2 is one of the main activity.  Malam nya Kak Nor masak ikan masak asam pedas ala2 Restoran Madu Tiga Pontian.  Lepas tu untuk desert Kak Nor buat tepung boko.  Senak perut di buat nya.

Sana sini December - 16 Dec - Lunch rumah Zam dan Jah di Seremban

Tukang masak tengah suspense
 Pada 16 December kami lunch rumah Zam and Jah.  Yang pergi nya ambo ngan Kak Nor.  Juga Ahmad dan Seng dan Iroh sekeluarga.  Sibuklah tuan rumah Zam dan Jah melayan kami.  Menu lunch sungguh istimewa.  Turkey dan Salamon yand di marinate dan dipanggang.  Memamng hilir lah menu mereka ni.  Tomyam mushroom pun ada.  Makanan ala ala fusion gitu.








Dah tak sabar nak terkam
 Tengok tu...dah tak sabar nak terkam.  Sambil nak makan sempat tengok TV astro Byond lagi.  Kawasan perumahan di Jasper Jaya Seremban ni baru siap dan rumah nya pun baru2 semua nya.  Rumah Zam dan Jah ni kemas dan ringkas.  Yang seronok nya meja makan tu banyak orang yang terkena nak sapu air atas meja.  Rupa rupa nya memang gambar di cermin tu camtu.





Menjamu selera.

Soalan yang semua tertanya tanya.  Betul ke Jah yang masak???.  Sebabnya semua yang di hidang memang sodaaap.  Sampai ada yang chek tong sampah nak cari evidence to indicate otherwise.  Esoknya balik KL ambo pun cari Salmon nak cicah ngan budu.  Anyway...thank you to Zam dan Jah for having us all.

Sana sini December - 15 Dec - Majlis pertunangan Hafiz dan Ema di Jenjarum, Banting

Fattah pulok jadi cameraman

Sama2 jangok - One for the record

Sana sini December - 15 Dec - Majlis pertunangan Hafiz dan Ema di Jenjarum, Banting


Semua pandang kiri - last minute tweaking

Majlis ringkas berjalan lancar dengan Wak dan Seng pengendali majlis.

Zam sebagai cameraman bersebelahan  ustaz.

Suko cito belako lako.

Tu dio orang nya - duduk renggang renggang weih!!

Wednesday, December 19, 2012

Jalan2 cari makan - Johor

Asam Pedas Madu Tiga di simpang batu 24 Pontian Sekudai ...licinnnn

Jalan2 cari makan - Johor

Ambo di Tg. Piai..penghujung benua Asia.

Jalan2 cari makan - Johor

Kami makan pagi hari ini di warung di Senggarang Timur.  Tempat ini antara Batu Pahat ke Pontian.  Pagi ini menu nya ialah nasi lemak dan lontong.  Lontong ini yg best nya telur rebus nya ada rasa manis.  Tekaan ambo masa rebus telur tu di tarok sedikit gula.

Jalan2 cari makan - Johor

Memang sah tuan kedai tempat kami breakfast di Senggarang Timur ni kuat parti Pas.  Bertebeing di kedainya sepanduk parti.  Menu2 disini sodap.

Tuesday, December 18, 2012

Tuesday, December 11, 2012

Sekitar meraikan Mamatuk @ 73 - Part 2

Kimi lost with Galaxy Note

Afrina with Mum

Arifah, Husna n Faiz main rumah2

Tiga bujang kelana

Monday, December 10, 2012

Sekitar meraikan Mamatuk @ 73

Mamatuk dan cucu2 @ 73

Barbecue do @73

With Kak Nor @ 73

Macam2 ada @ 73