Selamat Datang ke Blog Mamatuk
Blog nie ambo setup untuk semua adik beradik dan sedara mara yang nak tahu status kesihatan Ma kita. Tapi diselitkan juga cerita2 lain yang dekat dihati ambo. Jadi terima kasih kerana concern anda semua dan melawat blog ini. Kalu ada salah silap maaf deh.
Thursday, September 29, 2011
Operation Carpel Tunnel Hospital Putrajaya - bukan time tunnel
Kak Nor baru lepas operate tangan. Pakai bius local saja lah kerana minor surgery. Kata empunya diri sakit oii sbb masa cucuk tu doktor pusing pusing jarum tu..cari urat bokali..bunyi meraung sampai ke koridor (ambo tambah tu). Kak Nor kata mujur tak terjun katil. Sbb operate di daycare jadi boleh balik hari. MC dapat dua minggu. Harap nya lepas nie tangan tak serban lagi (insyallah) sbb lama dah simpan penyakit nie..sayang nak buang kot.
Tuesday, September 20, 2011
Monday, September 19, 2011
Sindrom ‘Empty Nest’ sedih berjauhan daripada anak meningkat - Berita Harian 19/9/11
Dr Anjili Doshi dari LPPKN mengulas mengenai sindrom Empty Nest:
“Sindrom ini terjadi apabila anak-anak berhijrah ke tempat yang lebih membangun sama ada untuk mencari pekerjaan selari dengan kepesatan ekonomi, melanjutkan pelajaran ataupun sudah berkahwin.
“Justeru, ibu bapa rasa kekosongan, rasa seperti tidak diperlukan sehingga mendorong mereka mengalami kesan sampingan seperti kemurungan dengan kajian menunjukkan 41.2 peratus daripada mereka mengalami gangguan kepada kesihatan fizikal dan mental,” katanya kepada Berita Harian.
Pada masa sama, beliau menasihatkan anak-anak supaya tidak lepas tangan mengenai sindrom itu dengan turut memainkan peranan meluangkan masa untuk ibu bapa supaya mereka rasa lebih dihargai.
“Anak-anak seharusnya mengambil peluang dan masa selagi ibu bapa mereka masih hidup dengan menjaga ataupun pulang ke kampung untuk meluangkan masa bersama mereka,” katanya. For detail reading click here for Berita Harian article or here for Wikipedia.
Sunday, September 18, 2011
Bertemu Pokok Temu
Cuti 1 Malaysia nie dapatlah ambo balik KB kejap jengok orang tua dan orang sakit.
Kat rumah di Salor tu ada dua on-going projek oleh dua tukang. Tukang Kayu Abg Aziz Kak Moh tengah tukar dinding hok reput kena kerit ko kok kiok. Manakala tukang simen Zul (member Ahmad) tengah buat projek tukar tandas dan mozek untuk dua tandas..tandas Mamatuk dan tandas luar. Lepas nie lawas molek lah Mamatuk masuk tandas. Ambo suggest lampu tandas Mamatuk tu pun kena tukar ngan lampu fluorescent bagi cerah sikit. Sbb nya tandas tu memang sokmo2 gelap sejak azali.
(Pix) Belah petang nya Mok Cik Limah mari rumah nak cari pokok temu untuk Siti Sarah yang baru dapat anak. Molek sangatlah isi temu nie untuk orang baru bersalin..katanya. Kata mamatuk pokok dragon fruit di foregorund gambar tu baru2 nie ada berbuah tiga butir..tak dok rezeki sbb dia luruh sebelum masak.
Lupa nak royat tengah hari tu demo Pasir Pekan mari berkelah laksa. Ahmad dan Ayie sekeluarga juga hadhir. Meriah sekali sampai ke malam. Tapi Munaim tak dapat hadhir kerana di spital.
Friday, September 16, 2011
Md. Afiq bin Munaim - Anak Sedara Ambo
Ambo balik KB hari nie sbb baru nie balik raya tak sempat nak gie spital. Jumpa Naim dan Ain di spital. Manakala Afiq masih ada masaalah dgn pernafasan nya. Nampak dua tiga wayar..tak tau wayar mana gie ke mana. Nak berair mata ambo tengok anak Naim..sbb teringat anak ambo dulu Amir. Selain dari doa mari lah sama2 kita beri semangat kepada Naim dan Ain supaya melalui dugaan ini dengan hati yg tabah dan sabar. Kata orang2 dah tua..berat mata memandang lagi berat bahu memikul. Di samping itu financial contribution daripada yg mampu dialu alukan...either direct or thru fund setup by Aisyah Pasir Pekan..(that is as and when required). Kalu bukan dari adik beradik dari sapo lagi??. Kalu nak tahu latest on Afiq pls visit here. Blog setup by Naim.
Thursday, September 15, 2011
Celebrating Birthday Cik Dah yg ke 27.
At Pizza hut Jaya Jusco AU2 Keramat celebrating with Ahmad and family. Wish Cik Dah many many more happy days in future.
Saturday, September 10, 2011
Raya 2011 - Couples - Ambo dan Nor
Tak ingat bak po kami suka gitu mo lalu. Ado lah yang duk nga goh tu. What a nice and eventful Raya for 2011. Thats all couple pix in ambo's collection.
Raya 2011 - Couples - Seng dan Iroh
Seng dan Iroh - Renungan Manja
Juga tidak lepas peluang untuk bergambar menggunakan background Jah nie. Sama2 jangok.
Juga tidak lepas peluang untuk bergambar menggunakan background Jah nie. Sama2 jangok.
Raya 2011 - Couples - Ahmad dan Dah
Steady as ever - (tarik napah nampak nya Abg Mad). Tengok baju pun dah tahu what game he is into. After hectic event for Jah.
Raya 2011 - Couples - Ishey dan Imey
Isyey (Hisham) dan Imey (Aiman)..Segak dan Cun sekali copule nie.
Tak lepas peluang nak bergambar. Tengok baju melayu Ishey tu dah tahu orang mana dia.
Tak lepas peluang nak bergambar. Tengok baju melayu Ishey tu dah tahu orang mana dia.
Friday, September 9, 2011
Favourite Pix - Raya 2011 - Cinta ke Akhir Hayat
This story was told by Mamatuk to me. So here at the very location I am retelling it back to all.
Ramai yang tak tau cerita di sebalik dua kubur ini. Biasa nya setiap hari raya masa kecil2 dulu kita semua akan di bawa ke kubur Tok ayah Haji Salleh ini. Tapi tak banyak di ketahui mengenai kubur di sebelah itu di dalam belindang yang sama.
Inilah kisah nya. Kubur di sebelah Tok ayah ialah kubur seorang wanita yang bernama Tok Mek..yaitu nenek kepada Mamatuk (our tok nyei lah tu). Haji Salleh dan Tok Mek ada lah sepupu. Sejak kecil lagi mereka amatlah rapat. Setelah dewasa Haji Salleh menjadi guru agama yang di segani manakala Tok Mek sekarang ialah seorang wanita yang jelita. Disebabkan kerapatan persahabatan antara kedua nya timbul lah rasa kasih sayang.
Satu hari Tok Mek meluahkan perasan untuk berkahwin dengan Haji Salleh. Malang nya Haji Salleh oleh kerapatan persahabatan dan persaudaraan menolak undangan itu dengan sedih hati kerana menganggap Tok Mek seperti adik beradik beliau. Sedih lah Tok Mek. Tidak lama kemudian Tok Mek yang tersohor kejelitaan nya itu berkahwin dengan seorang yang hebat (guru silat) bernama Tok Yaakob (Tok nyei kita lah tu???). Mereka berumah tangga di kampung seberang Sakar. Walupun begitu ..sayang Tok Mek kepada Haji Salleh tetap segar..hingga ke akhir hayat nya.
Di akhir hayat nya Tok Mek berpesan agar jasad nya di semadikan di seberang (Kg Salor) bersebelahan Haji Salleh sepupu dan sahabat nya yang tersayang. Jasad nya di bawa menyeberangi sungai Kelantan dengan perahu bedar (perahu besar) dalam rombongan perahu yang besar. Akhirnya dapatlah Tok Mek bersama dengan orang yang amat disayangi nya....Ini lah yang di namakan cinta ke akhir hayat.
Thursday, September 8, 2011
Favourite Pix - Raya 2011 - All together now
Group photo taken right after Jah's event. This has always been our raya ritual. Unfortunately there will always some of members went missing during the snap. So this time round I took the liberty to paste in some members who went AWOL. See if you can recognise them.
Anyway it is always nice to get together as one big family. As we grow older we will will look back and cannot help to feel lucky to be part of this one big happy family.
Wednesday, September 7, 2011
Favourite Pix - Raya 2011 - Naruto vs Sasuke
Zarith & Faiz - Being Kids
First time tengok gambar nie immediately come to my mind of the great fight Naruto vs Sasuke. Zarith (@baby@eric) who used to be so timid is now turning to be one of very confident kid. While Faiz is also not too far behind. However beware ..as both of them are good with their karate chop.
(Pix by Nabilah, editing by ambo)
Favourite Pix - Raya 2011 - Jah..stunningly beautiful
I thought this is stunningly beautiful picture..the subject is gorgeous, the backbround matched well with the dress, the lighting is perfect.
(pix by Nabilah, editing ambo)
Favourite Pix - Raya 2011 - Happy and Relief
Picture of happiness and relief for both Mamatuk and Jah. The event went very well from start to finish. Combination of good planning and hard work by all.
(Pix by Nabilah, editing by ambo)
Favourite Pix - Raya 2011 - Jah..moment of reflection
A moment of reflection for Jah during the merisik event on the 4th day of Raya. I thought she look absolutely gorgeous. With the dress and the background well selected it really comes out very well....congratulation Jah. (pix by Nabilah)
Favourite Pix - Raya 2011 - Una and Ipah being kids
Great kids and great being kids with no care to the world whatsoever. What do you think Ipah trying to do??
(pix by Nabilah, editing by ambo)
Favourite Pix - Raya 2011 - Empat Beradik
Suka nya empat beradik beraya. Baju raya sedondong except Talha. Maklumlah tiga di Johor dan Talha di Pasir Pekan. Yang kecil Alias tu dah tak kecek Kelantan dah..sudah di Johorkan oleh Cik Roh ngan Seng.
Favourite Pix - Raya 2011 - Semua Ketawa.
Bakpo semua suko belako nih...suko happy..ko suko lega..any way its hari raya..enjoying the moment after completion of Hafizah merisik...so someone pls do tell what is the story behind the laughters.
Subscribe to:
Posts (Atom)