Selamat Datang ke Blog Mamatuk

Blog nie ambo setup untuk semua adik beradik dan sedara mara yang nak tahu status kesihatan Ma kita. Tapi diselitkan juga cerita2 lain yang dekat dihati ambo. Jadi terima kasih kerana concern anda semua dan melawat blog ini. Kalu ada salah silap maaf deh.

Wednesday, April 20, 2011

An empty chair

Kerusi kosong di dapur rumah bukit marak ini membawa penuh kenangan. Nostalgia sungguh ambo bila tengok kerusi ini. Seolah olah masih ada tuan nya yang duduk tersenyum mempelawa makan...'makei rei..'. Kalau tuan kerusi ini tahu ambo balik yang pastinya ada atas meja gulai kerutuk ayam kampung kegemaran ambo. Kalau hari raya pula yang pastinya ada tapai beras daun getah. Dengan tiada nya mok pastinya keadaan tidak akan seperti dulu lagi...things now change.

The house suddenly have different feel to it...physically nothing change.. but suddenly it feel awkward..as though now the house belongs to somebody else. Yes it is still a house..but it is not home like it used to be. This empty chair will never be filled again like before...there will never be again 'makei rei'...things has changed forever.

Sunday, April 17, 2011

Mok Bukit Marak - pulang ke rahmatullah

Update 19/4/11 Jenazah di kebumikan tepat jam 10 malam di perkeburan depan rumah bukit marak. Sembahyang jenazah di rumah dan di imamkan imam masjid bukit marak. Turut hadhir ialah sahabat keluarga Tan Sri Annuar Musa. Didalam liang lahad menunggu untuk menyempurnakan jenazah ialah ambo, abg man seremban dan azhar. Our last physical contribution. Arwah berada di hospital selama 27 hari. Yang menzirah ada lah Aishah, Ust Man dan Amru, Ubaid, Sir ngan Mak Cik Salor.

Tahlil di adakan selama 3 hari. The first night Ahmad dan Hawari hadhir sama. Hopefully Munaim can make it on other nights.

We are concern with Tok Ki (Kak Nor Father)...although he tried to keep himself busy and not to show his loss..but the body language tells the real feeling inside. Last night..dalam kesuraman lampu malam ketika kebanyakkan merebahkan badan untuk tidur..kami dapat melihat tok ki yang ketika itu berbaring meraba2 dalam poket baju nya. Perlahan2 di keluarkan fotostat ic arwah isteri nya. It is a long loving look. Slowly he put it back in his pocket..tried to close his eyes for the night...it is a big loss indeed.


Kembali buat selama lama nya selepas waktu zuhur hari ini (17/4/2011) di husm pada umor 70 tahun...innalillah hiwainna ilaihirajiun.

Berjamu

Kalau ada Asiah ngan Aiman mari kerumah maka apa lagi...makan bosar lah kita. Semalam pulak kakak Hisham yag tinggal Balakong juga ada datang sekeluarga. Hari ni Mak Sulah Pasir Putih kata nak mari ziarah mamatuk di rumah datin. Bye the way me and the family again on the way back to KB sbb mak kak nor in critical state di husm. This blog was written while we are at simpang bercham kuala lipis.

Thursday, April 14, 2011

Activity harian mamatuk


Her favourite past time. Al Quran sentiasa tidak jauh dari mamatuk. Alhamdulillah..bunyi lah Al Quran di rumah ambo. Kalu tidak jarang2 bunyi nya...enjoy.

Wednesday, April 13, 2011

Bersama bomoh kak limah

Dah hantar mamatuk balik ke rumah jadi kami ambil peluang berderat di KLCC cari barang golf dll...

Ma dah discharge dari IJN

Alhamdulillah mamatuk dah discharge tengah hari nie. Ahmad baru sampai dari KB ngan bas. Kata dia sbb dia pandai berbomoh lah ma bulih tubeik hari nie..(bulih berlakon hantu kak limah). Tie ayah li hantar ngan wheelcahir sampai ke kereta.

Apa outcome mamamtuk di IJN ni ??. Sizing dah dibuat untuk implant tu. Klau semua berjalan lancar size tu akan di hantar ke Medronic untuk di fabricate. Fabrication di buat di overseas. Next appointment pada 17/8/2011 di IJN ngan Datok Dr Rosli. Lamabt sikit tapi thats the best option so far.

Tuesday, April 12, 2011

masa untuk tavi assesment


Update: Pukul 9.00pm - Baru masuk balik dalam bilik. Kata ma angio start 6.30 sampai 7.30. Missi cakap doktor masuk wayar besar kali nie.

Update: Pukul 8.00pm --Ina baru masuk kata nya ma di recovery room. dah habis angio

Update: Pukul 7.30pm..ma masih belum keluar dari bilik angio. Lama tu bukan sbb apa cuma ada equipment rosak tadi. Jadi que pun panjang lah. Hari nie angio dilakukan oleh Dr Rosli. Makcik Som, Ina dan Tie ada mari hari nie. In fact Makcik Som pun masih menunggu dan tengah solat Maghrib. Jah balik kejap nak refresh dan ambil baju sbb malam nie dia menunngu lagi ..esok pagi2 gie kerja. Ahmad naik bas mari malam nie. Thanks for the calls dari adik bradik semua nya.

Blog entry by Hafizah: ma puasa start kul dua blas mlm td sbb kemungkinan tavi assesment pagi ni. Tp kul sepuluh stgh pg nurse masuk bg mknn suruh ma buka posa krn mungkin lambt skit.jangkanya tghr atau petg..tepat pukul tiga stgh ptg, ma ditolak masuk..kul tujuh ni jah n ambo still menunggu lagi..ma belum keluar lagi..semoga segalanya selamat..amin

Monday, April 11, 2011

Ready to be warded

Update 2 (12/4/11): Selisih ngan Dr Jaswant dlm lift masa gi lunch ngan Jah tadi. Katanya hari ini buat angio ngan Dr Rosli. Dia kata kalau tak muat TAVI tu mungkin kena buat incision on the left side of the rib cage masa TAVI nanti. Tanya jugak dia tentang satu lagi valve yang bocor (mitral). Kata Dr Jaswant kalau tak severe sangat dia takkan sentuh, kalau severe sangat baru kena buat procedure for replacement. Caranya akan di tentukan masa angio hari nie

Update 1: Warded in room A220. Visiting hours 10am till 2pm and 4.30pm till 8 pm. Tie forced upgrade bilik. Sekarang bilik sorang2 lengkap dengan TV dan katil khas untuk yang menunggu..(bukan 'penunggu' ya..)

Mamatuk dah bersiap sedia untuk ke IJN for the TAVI assessment procedure. Expected to be warded for two nights. As always hoping for positive outcome.

Friday, April 8, 2011

Register for Monday admission

Dah siap register untuk Monday admission.. Dah royat ko Datin to prepare the GL. Dah tanya dr tentang kos Tavi..jawapanya adalah percuma kalau ngan GL gomen..legaaa.

Monday admit for TAVI angio

Dah jumpa doktor Jaswant Dhillon. Tak percaya ini dr Singh..rupa macam org melayu dan cakap pun perfect malay. Kena dua tiga kali tengok kad nama nak confirm
The serious part is this...dr cakap kalau dalam setahun tak buat biasa nya pesakit akan meninggal..(part nie ambo cakap org putih lah ngan doktor). Berita baik nya doktor akan explore TAVI dan kalau sesuai akan buat TAVI. Kalau tak sesuai akan buat open heart. Pesakit above 70 ada risisko lebih tinggi untuk open heart..tapi misti dibuat.
Jadi sekarang proses explore untuk TAVI..Monday 12/4 nie admit di IJN untuk buat angio...ini nak tengok kesesuain dan sizing. Kalau sesuai akan buat TAVI dlm masa sebulan dua nie. Dr cakap IJN dh buat 14 TAVI setakata nie dan semua berjaya. Insyaalah kita doakan yg terbaik.

Menunggu Dr Jaswant di IJN

Sari dua nie tak dok buat update dlm blog nie sbb banyak hal. Kami baru sampai di IJN untuk temu janji dengan Dr Jaswant dari team TAVI. Temu janji ni di atur oleh Tie. Akhir2 nie mamatuk nampak nya agak sihat. Katanya sebab amalan2 ayat alQuran yang dibaca tiap2 hari. Apa2 pun alhamdulillah. Seperti sokmor2 harapan nya hari nie berjalan ngan baik.

Saturday, April 2, 2011

Rendezvous ngan lawyer Ahmad di Kuala Lipis

On the way back from KB to KL while Ahmad and family on the way back to KB. Jumpa di restoran di simpang nak masuk rumah Pak Nik Hassan di Bukit Bentong, K. Lipis. Sempat lah main ngan Una. Mat Faiz tidur dlm kereta. Ahmad kata kena bertolak cepat sbb kesian kat Cik Dah driving malam..he he. Semoga semua selamat sampai ke destinasi.

Mak Kak Nur - Wad 1 Mutiara ICU

Mak kak Nur ( Che Esah Che Had)alhamdulillah dah tak jem usus..doktor dah clear lepas operate. Kata doktor usus nya ada berlipat. Air dari tiub hidung pun dah clear bukan hijau macam sebelumnya. Sekarang nie masih di ICU. Lor nie tunggu wad 7 utara katil kosong.

Friday, April 1, 2011

Dah dapat appointment TAVI

Good news..tadi Tie telepon dia dah adjust appointment ngan team TAVI pada 8 april pukul 10.20. Terima kasih Tie kerana banyak bersusah untuk kita.