Selamat Datang ke Blog Mamatuk

Blog nie ambo setup untuk semua adik beradik dan sedara mara yang nak tahu status kesihatan Ma kita. Tapi diselitkan juga cerita2 lain yang dekat dihati ambo. Jadi terima kasih kerana concern anda semua dan melawat blog ini. Kalu ada salah silap maaf deh.

Tuesday, September 18, 2012

Flight Socks

Mamatuk menghadapi masaalah dengan water retention (edema) di kedua dua belah kaki.  Ini ialah kerana side effect daripada ubat darah tinggi Norvasc  yang diambil.  Sepuluh peratus pengguna Norvasc akan menghadapi side effect ini.  Sudah highlight kepada doktor pakar di IJN tempoh hari dan kata nya not to worry.  Jadi kalu lama2 berdiri kaki2 akan nampak kembang kerana water rentention tersebut.  Jadi ambo gi beli satu inflight socks yang mepunyai ciri2 gradual compression untuk menghalang water retention.  Malam ni Mamatuk start pakai...tengok esok jadi guano.

Monday, September 17, 2012


Bila tengok gambar ni ambo terlintas satu sajak yang pernah ambo baca di rumah kakak ipar (Kak Yah) di Seremban...sajak berbunyi begini

Tajuk: DI BELAKANG AYAH, SUAMI DAN AL HAFIZ

Tiap tirai maghrib,
Ibuku, aku dan adik-adik ku
Berdiri di belakang ayah
Dalam satu saf sembahayang
Dan sama-sama mengangkat takbir
Allah hu akhbar……

Aku dan adik-adik ku
Sama-sama mengadap ayah
Menghafal Muqqadam dan Al Quran
Alif, ba, Tha. dan Alif Lam Mim
Di umur 6 tahun…
Aku dan adik-adik ku khatam Quran.

Aku baligh,adik-adik ku baligh
Dan ibu, aku dan adik-adik ku
Berdiri satu saf
Di belakang ayah yang uzur
Dan sama-sama mengangkat takbir…
Allah hu akbar…..

Aku pun diijab-kabulkan
Bersuami, berumah tangga
Dan beranak…dan beranak…
Dan kini aku dan anak-anak ku
Berdiri di belakang suamiku yang uzur
Yang ayah anak-anak ku
Sama-sama mengangkat takbir
Allah hu akbar….

Ibuku pergi
Ayahku pergi
Dan suamiku pergi

Dan kini…
aku berdiri dibelakang anakku
Seorang al- Hafiz….


Oleh: Nora
Date: 1 Muharam 1403

Sunday, September 16, 2012

Fatah, Osmang dan Hanan...V for Victory!!! Merdeka

Sukanya Fatah bila habis pereksa UPSR.  Camner abang pereksa???.  Beres walaupun ddebor kata Fatah. Doakan berjaya.  Now then...who is next????
p/s:  Abang..apa atas dahi tu?.

Spek baru dah sampai


Alhamdulillah pada 13 Sept baru2 ni spek baru mamatuk dah siap.  Pergi ke Kamel Optometris untuk test dan ambil spek tersebut.  Setelah dua tiga kali buat spek di kedai lain tapi tak leh pakai dengan masaalah kabur dan berair mata bila pakai maka suspense juga lah.  Tapi bila pakai spek baru kali ni memang ngam.  Setelah lama mata kelabu maka kali ni pandangan dah terang benderang.  Spek tu matching dengan tudung.  Pastu Kamel buat tinting pink lagi.  Terima kaseh kepada Kamel mak cik.

Friday, September 7, 2012

Buat spek di Kamel Optometris @ Langat.


Pagi ni kami ke kedai sepupu ambo Sdra Kamel di Langat.  Kedai nya nama Kamel Optometris. Mamatuk dah komplen quiet a while dia tak boleh baca dengan selesa dan penglihatan jauh pun dah berkurangan.  Mata pun selalu berair (check my prev. posting) Jadi dah dok dengan ambo ni cepat2 pergi chek mata dia sebelum ambo gi haji.  Outcome nya ialah ada selaput sikit di mata kiri dan masaalah rabun dekat dan rabun jauh.  Jadi Kamel suggest pakai bifocal.  Next week sampai lah spek.  Cari frame hok comel sekali sbb ada bunga bunga di tepi.  Comel gituu.

Kak Nor pun ambil peluang untuk ganti spek yang hilang masa buat umrah baru2 ni.  Just nice lah untuk haji nanti.  Terang sikit nampak kaabah insyallah.
Kepada sesiapa yang berkeperluan spek dan chek mata silalah ke kedai Kamel Optometris di Taman Wawasan, Langat.  Harga berpatutan dan servis memang professional.  Email ambo kalau tak tau tempat dan ambo boleh bagi GPS location sekali.



Wednesday, September 5, 2012

Our Mother

Just one short sentence -
Our Beloved Mother

Kursus Haji Perdana di Masjid Putra, Putra Jaya

Balik dari tawaf simulasi.  Dapatlah Ambo  dengan Kak Nor haji simulasi Putra Jaya.  Out flight is on September 21st midnight.